Pilihan Biskita

 | ASEAN

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 
ASEAN


Kedua-dua belah tangan '4' pada paras muka, kemudian digerakkan seperti 'C' ke bawah paras perut.

Negara


Tapak tangan kiri dikenakan pada bahu sebelah kanan, tangan kanan 'N' dikenakan pada siku tangan kiri, lalu digerakkan ikut arah jam.

Bendera


Tangan kanan '5' tapak menghala ke kiri pada paras dada, tangan kiri tapak menghadap ke bawah, diletakkan di bawah siku tangan kanan. Tangan kanan digerak-gerakkan seperti mengibar bendera.

Brunei Darussalam


Kedua-dua tangan '5', tapak tangan dibengkokkan sedikit di atas paras bahu. Kemudian kedua-dua tangan 'D' dikenakan pada hujung jari, lalu digerakkan terbuka ke hadapan.

Kamboja (Cambodia)


Tangan kanan '5' pada paras pinggang, lalu digerakkan ke bawah sedikit seperti bentuk '?' terbalik, kemudian tangan kanan 'S' pada paras perut.

Indonesia


Tangan kanan 'H' pada paras dada sebelah kiri, kemudian digerakkan secara berombak ke dada sebelah kanan.

Laos


Tangan kanan '5', jari dibengkokkan sedikit di kenakan pada kepala sebelah kanan.

Malaysia


Kedua belah tangan terbuka, tapak menghadap satu sama lain pada paras telinga, lalu digerakkan kebawah pada paras bahu berselang sali sebanyak 2 kali.

Myanmar


Kedua belah tangan terbuka, dirapatkan satu sama lain, lalu digerakkan ke kiri dan ke kanan sebanyak 2 kali.

Filipina


Tangan kanan 'P' lalu buat bulatan arah jam, lalu dikenakan jari hantu pada belakang tapak tangan kiri.

Singapura


Kedua-dua belah tangan 'S', tangan kanan di atas tangan kiri, lalu buat pusingan arah jam dan kemudian dikenakan pada belakang tapak tangan kiri.

Thailand


Tangan kanan 'T' dan 'I' pada paras muka, lalu digerakkan ke bawah sedikit.

Timur Leste


Tangan kanan 'T' di atas paras tapak kanan kiri menghadap ke bawah, lalu digerakkan ke depan.

Vietnam


Tangan kanan 'V' pada paras bahu, digerakkan ke bawah kemudian tangan kanan 'N'.