Pilihan Biskita

 | Komunikasi

Berita

Faks

Internet

Komputer

Majalah

Radio

Surat Khabar

Telefon

Telefon Bimbit

Televisyen

VCD

 

 

 
Berita


Kedua-dua belah tangan 'B' tapak menghadap ke depan bertemu kedua-dua jari, lalu direnggangkan ke kiri dan kanan tapak ke depan.

Faks


Tangan kiri terbuka tapak menghadap bawah dan hujung jari ke kanan, tangan kanan 'F' tapak menghadap bawah lalu bergerak ke depan melalui bawah tapak tangan kiri.

Internet


Kedua-dua belah tangan terbuka dengan jari tengah bertemu keduanya, lalu digerakkan kedepan dan belakang.

Komputer


Tangan kiri terbuka tapak ke bawah hujung jari ke kanan, tangan kanan 'C' tapak ke depan ibu jari kenakan pada lengan kiri kemudian bergerak melengkung 2 kali ke hujung siku.

Majalah


Tangan kiri terbuka tapak ke atas, tangan kanan 'G' lalu kapitkan tapak tangan kiri dan digerakkan 'G' ke depan.

Radio


Tangan kanan 'R' digerakkan secara bergelombang ke telinga sebelah kanan.

Surat Khabar


Kedua-dua belah tangan terbuka tapak dirapatkan, kemudian digerakkan ke kiri kanan bahu dengan tapak tangan ke dalam.

Telefon


Tangan kanan 'K' dengan jari hantu dikenakan pada dagu lalu digerakkan ke bawah.

Telefon Bimbit


Buat isyarat "Telefon", kemudian tangan kanan 'B'.

Televisyen


Tangan kanan 'T' dan kemudian 'V'.

VCD


Tangan kiri tapak menghadap ke atas jari ke kanan. Tangan kanan 'V', lalu buat bulatan di atas tapak tangan kiri.