Pilihan Biskita

 | Arah

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 
Atas


Kedua-dua belah tangan terbuka tapak menghadap ke bawah, letakkan tapak tangan kanan di atas belakang tapak tangan kiri.

Bawah


Kedua-dua belah tangan terbuka tapak menghadap ke bawah, tangan kanan di bawah tangan kiri, lalu digerakkan tangan kanan mengikut pusingan arah jam dan tangan kiri digerakkan ke bawah.

Belakang


Tangan Kanan 'A' di tepi kepala kanan lalu digerakkan ke belakang.

Depan


Tangan kanan terbuka tapak ke dalam depan muka lalu digerakkan ke hadapan.

Dekat


Kedua-dua belah tangan terbuka tapak menghadap ke dalam, tangan kanan di belakang tangan kiri, lalu dirapatkan belakang tangan kiri ke tapak kanan.

Jauh


Kedua-dua belah tangan 'A' tapak menghadap sama sendiri, lalu digerakkan tangan kanan ke depan.

Kanan


Tangan kanan terbuka ke dalam pada paras perut, lalu digerakkan ke luar.

Kiri


Tangan kiri terbuka ke dalam pada paras perut, lalu digerakkan ke luar.

Sana


Tangan kanan jari telunjuk dibengkokkan sedikit lalu digerakkan ke hadapan.

Sini


Kedua-dua belah tangan '5' tapak ke atas paras pinggang, lalu digerakkan sedikit ke kiri dan kanan.

Utara


Tangan kanan 'U' di paras telinga, digerakkan ke atas sedikit.

Selatan


Tangan kanan 'S' di paras dada, lalu digerakkan ke bawah sedikit.

Timur


Tangan kanan 'T' pada paras bahu, digerakkan ke hadapan.

Barat


Tangan kanan 'B' di paras bahu, lalu digerakkan ke kanan.

Tepi


Kedua-dua belah tangan terbuka, tangan kiri melintang ke kanan tapak ke bawah, tangan kanan kenakan pada siku kiri digerakkan samapai ke hujung jari kiri.