Pilihan Biskita

 | Buah-Buahan

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 
Anggur


Tangan kanan '9' hujung jari telunjuk dan ibu jari di hadapan mulut, lalu digerakkan ke bawah.

Belimbing


Tangan kiri terbuka tapak ke bawah, tangan kanan 'W' tapak ke bawah hujung jari tangan kanan dikenakan pada pergelangan tangan kiri, lalu digerakkan hingga ke hujung jari.

Betik


Tangan kiri terbuka tapak ke atas, tangan kanan terbuka jari dibengkokkan tapak ke bawah, hujung jari diletakkan atas tapak kiri, lalu di tarik ke luar.

Ciku


Tangan kiri 'O' jari ke atas, tangan kanan terbuka tapak dikenakan pada pergelangan tangan kiri, lalu digosokkan ke atas dan bawah bahagian pergelangan tangan kiri.

Duku


Kedua-dua belah tangan '5' jari renggang dan dibengkokkan, hujung jari kedua tangan bertemu, lalu kedua belah tangan direnggangkan tapak ke atas.

Durian


Kedua-dua belah tangan '5' bengkok tapak menghadap bawah bertemu hujung jari, lalu direnggangkan.

Durian Salat


Buat isyarat 'Durian' kemudian buat isyarat 'Lembut' (Kedua-dua belah tangan 'C' tapak menghadap satu sama lain, lalu tutup dan buka ibu jari dengan keempat-empat jari beberapa kali).

Epal


Tangan kanan '5' jari dibengkokkan tapak menghadap dalam, tangan depan mulut lalu digerakan ke bawah.

Jagung


Kedua-dua belah tangan '5' dibengkokkan tapak menghadap ke dalam, tangan depan mulut digerakkan ke bawah.

Kacang Tanah


Kedua-dua belah tangan 'G' dan ibu jari dan jari telunjuk dirapatkan dan kedua-duanya bertemu, lal direnggangkan tapak ke atas.

Kelapa


Kedua-dua belah tangan '5' bengkok di atas bahu kanan ditepi telinga, lalu digerakkan ke depan.

Langsat


Kedua-dua belah tangan 'O' leper, hujung jari bertemu kemudian digerakkan keluar ke kanan dan ke kiri serentak.

Lemon


Tangan kanan '5' jari dibengkokkan tapak menghadap bibir, lalu jari jemari digerakkan.

Limau Besar (Pomelo)


Tangan kiri '5' jari dibengkokkan sedikit tapak ke kanan, tangan kanan 'O' leper di hujung jari tangan kiri, lalu digerakkan 'O' melengkung ke bawah.

Mangga


Tangan kiri 'O' leper hujung jari ke kanan, tangan kanan memeluk tangan kiri, lalu digerakkan tangan kanan melengkung keluar sambil menjdai 'O' leper.

Manggis


Kedua-dua belah tangan '5' tapak menghadap atas, sisipkan jari kanan ke jari kiri lalu dirapatkan kedua tapak tangan.

Nenas


Tangan kanan '5', tapak ke dalam mulut, jari dibengkokkan sedikit dekat mulut kemudian tangan digerakkan turun naik.

Oren


Tangan kanan 'C' di depan mulut lalu digerakkan ke bawah sedikit menjadi 'S'.

Pisang


Tangan kiri 'D' jari ke atas, tangan kanan menyentuh hujung jari telunjuk lalu digerakkan ke bawah kemudian diulang-ulang seperti mengupas kulit pisang.

Rambutan


Tangan kiri 'S' tapak ke dalam, tangan kanan 'D' dirapatkan di atas tangan kiri sambil jari telunjuk digerakkan naik ke atas.

Tebu


Kedua-dua belah tangan 'S' tapak menghadap ke dalam pada paras dagu seperti memegang tebu, lalu digerakkan serentak ke kanan.

Tembikai


Tangan kanan 'Y' tapak ke dalam di paras dagu lalu digerakkan ke kiri dan ke kanan.