Pilihan Biskita

 | Budaya & Perayaan

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 
Bangsa


Kedua belah tangan 'B' paras kiri kanan bahu tapak ke depan, lalu di bawa ke bawah hingga paras perut.

Melayu


Tangan kanan 'M' kenakan pada tepi kanan dahi.

Cina


Tangan kanan 'C' ibu jari kenakan pada tepi dahi kanan.

India


Tangan kanan 'D' hujung jari telunjuk kenakan pada tengah dahi.

Perayaan


Kedua-dua belah tangan 'R' di kiri kanan bahu, buat satu pusingan lawan arah jam.

Hari Raya Haji


Tangan kanan 'H' tapak ke bawah lalu digerakkan mengelilingi kepala.

Tahun Baru Cina


Kedua-dua belah tangan terbuka tapak ke bawah tangan kanan di atas belakang tapak kiri, lalu digerakkan ke depan dan belakang.

Pesta Tanglong


Tangan kiri 'A' hujung ibu jari ke depan tangan kanan terbuka luas tapak ke atas buat seperti memegang tanglong.

Kebudayaan


Tangan kiri melintang ke dada tapak ke bawah tangan kanan 'B' tapak ke depan kenakan pada belakang tapak kiri, lalu turunkan sedikit ke bawah.

Berinai


Tangan kiri 'D' hujung jari ke depan, tangan kanan '5' mengucup hujung jari kiri.

Bercukur


Tangan kanan 'X' menyentuh tepi kepala lalu dibuat seperti bercukur.

Berkhatan


Kedua-dua tangan 'D' tangan kiri melintang dada hujung jari ke kanan, jari kanan dijatuhkan mengena jari kiri.

Ang Pow


Kedua-dua tangan terbuka, tangan kanan hujung jari ke bawah, tapak ke dalam, tangan kiri mengepit hujung jari tangan kanan lalu dibawa ke depan.

Hari Raya Aidilfitri


Buat isyarat 'Hari' kemudian buat isyarat 'Puasa", dan buat isyarat 'Salam'.