Pilihan Biskita

 | Kecacatan

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 
Berkeperluan Khas Penglihatan


Tangan kanan 'V' jari dibengkokkan tapak ke dalam, rapatkan pada kiri kanan bawah mata.

Cacat


Kedua-dua belah tangan 'C' ibu jari kenakan pada kiri kanan dada, lalu digerakkan turun ke bawah.

Isyarat


Kedua-dua belah tangan 'D' hujung jari menghadap satu sama lain, lalu pusingkan ikut arah jam bergilir-gilir.

Juru Bahasa Isyarat


Kedua-dua belah tangan 'F' tapak menghadap satu sama lain, ibu jari dan jari telunjuk bertemu, lalu gerakkan tangan kanan ke bawah dan atas.

Berkeperluan Khas Pendengaran


Tangan kanan 'H' hujung jari ke depan paras tengah dada, kemudian gerakkan ke depan.

Lisan


Tangan kanan 'O' paras mulut, lalu buat bulatan kecil arah jam.

Berkeperluan Khas Pendengaran


Tangan kanan 'D' hujung jari telunjuk kenakan  pada telinga lalu gerakkan ke tepi mulut.

Pencacar Koklea


Tangan kanan 'V' jari dibengkokkan sedikit tapak ke kiri, lalu hujung jari kenakan pada belakang telinga.

Spastik


Kedua-dua belah tangan 'D' jari ke bawah, lalu digerak-gerakkan ke bawah bergilir-gilir.

Suara


Tangan kanan 'V' tapak ke dalam, hujung jari kenakan pada leher, kemudian digerakkan ke luar.