Pilihan Biskita

 | Pengangkutan

Bas

Basikal

Feri

Helikopter

Kapal

Kapal Layar

Kapal Terbang

Keretapi

Lori

Motosikal

Sampan

Stesen

Teksi

Van

 

 
Bas


Tangan kanan 'S' ke kiri paras tepi kepala, lalu ditarik ke bawah.

Basikal


Kedua-dua belah tangan 'S' tapak menghadap bawah lalu dipusingkan naik turun satu persatu seperti sedang mengayuh basikal.

Feri


Tangan kiri terbuka tapak menghadap atas, tangan kanan terbuka hujung jari ke kiri tapak ke dalam lalu kipaskan tangan kanan dibawah tangan kiri.

Helikopter


Tangan kiri 'L' tapak ke kanan dengan ibu jari ke atas, tangan kanan '5' tapak ke bawah diletak atas ibu jari lalu digerakkan ke atas sambil jari tangan kanan digoncangkan.

Kapal


Kedua-dua belah tangan terbuka tepi tapak bersentuhan hujung jari ke depan, gerakkan ke depan berombak-ombak seperti perjalanan kapal.

Kapal Layar


Kedua-dua belah tangan terbuka, tangan kiri tapak ke atas, tangan kanan hujung jari ke atas diletakkan atas tapak kiri, lalu digerakkan berombak ke depan.

Kapal Terbang


Tangan kanan tapak menghadap bawah, jari hantu dan jari manis dirapatkan ke tapak lalu digerakkan tangan ke kiri naik sedikit.

Kereta


Kedua-dua belah tangan 'A' seperti memegang setering lalu buat seperti sedang memandu.

Keretapi


Kedua-dua belah tangan 'U', tapak ke bawah tangan kanan di atas tangan kiri, lalu digosokkan 'U' tangan kanan pada 'U' tangan kiri.

Lori


Kedua-dua belah tangan 'L' lalu digerakkan seperti sedang memandu.

Motosikal


Kedua-dua belah tangan 'S' tapak ke bawah lalu tangan kanan dipulaskan sedikit ke depan seperti memulas handle.

Sampan


Tangan kanan '5' tapak menghadap dalam kesemua hujung jari kecuali ibu jari dikenakan pada dagu, lalu digerakkan ke depan dan belakang, satu persatu.

Stesen


Kedua-dua belah tangan "S' bertemu di bawah dagu kemudian direnggangkan ke kiri dan kanan pada paras dada.

Teksi


Tangan kanan 'T' dan 'I' tapak menghadap kiri jari ke depan lalu digerakkan naik turun satu persatu seperti sedang menahan teksi.

Van


Kedua-dua belah tangan 'V' lalu digerakkan seperti sedang memandu.