|
Baju |
|

Kedua-dua belah tangan 'B' pada paras bahu kemudian diturunkan ke bawah pada
perut. |
|
Baju Dalam (Singlet) |
|

Kedua-dua belah tangan 'D' pada paras bahu kemudian kedua-dua belah tangan 'G'
digerakkan ke bawah paras dada. |
|
Baju Kebaya |
|

Kedua-dua belah tangan 'A' ibu jari kanan dan kiri dirapatkan pada paras dada,
lalu digerakkan melengkong ke bawah sebanyak 3 kali hingga paras perut. |
|
Baju Kurung |
|

Kedua-dua belah tangan 'I' menyentuh kedua-dua belah pergelangan tangan secara
bergilir-gilir. |
|
Baju Melayu |
|

Buat Isyarat 'Melayu' dan kemudian buat isyarat 'Baju
Kurung'. |
|
Baju T |
|

Kedua-dua belah tangan 'D' tangan kiri hujung jari ke kanan, tangan kanan hujung
jari ke atas dikenakan pada tengah hujung jari kiri. Kemudian tangan kanan 'D'
diletakkan dikiri leher, lalu digerakkan sedikit ke kanan. |
|
Baju Trek |
|

Kedua-dua belah tangan 'A' dari atas bahu belakang ke
depan kemudian tangan kanan dari bawah ke atas, seolah-olah seperti memakai
jaket. |
|
Blaus |
|

Tangan kanan terbuka tapak ke atas paras pinggang kanan, lalu digerakkan ke kiri
dan kanan pinggang. |
|
Butang |
|

Tangan kanan 'F' tapak ke kiri disentuhkan pada dada, lalu digerakkan melengkung
ke bawah. |
|
Cekak Rambut |
|

Tangan kanan 'L' dikenakan di atas kepala. |
|
Cheong Sam |
|

Kedua-dua belah tangan 'A', ibu jari bertemu dan dikenakan pada tengah-tengah
leher lalu diturun ke bawah sedikit ke dada seperti sedang membutangkan baju. |
|
Cincin |
|

Tangan kiri terbuka tapak ke bawah, tangan kanan '8' memegang jari manis tangan
kiri. |
|
Coli |
|

Kedua-dua belah tangan 'V' dibengkokkan sedikit kemudian ditemukan antara satu
sama lain. |
|
Kasut |
|

Kedua-dua belah tangan 'S' tapak lalu digerakkan
bertemu keduanya. |
|
Kemeja |
|

Kedua-dua belah tangan tangan 'G' dikiri dan kanan bawah leher, lalu digerakkan
turun ke bawah sedikit pada paras dada. |
|
Pakai Baju |

Kedua-dua belah tangan 'A' di kiri kanan bahu lalu
digerakkan ke depan. |
|
Pakai Seluar |

Kedua-dua belah tangan 'A' paras pinggang, lalu
digerakkan naik ke atas. |
|
Pakaian |

Kedua-dua belah tangan terbuka tapak ke dalam paras
dada, lalu dibawa turun ke paras pinggang. |
|
Sapu Tangan |

Tangan kanan '5' tapak menghadap kemulut lalu
digerakkan satu pusingan lawan jam. |
|
Sari |

Tangan kanan terbuka tapak ke atas kemudian dibawa ke
bahu kiri dikenakan tapak ke atas bahu. |
|
Sarung |
|

Kedua-dua belah tangan terbuka ditepi pinggang, lalu
disentuhkan tangan kanan ditengah perut dan kemudian tangan kiri menyentuh
belakang tapak tangan kanan. |
|
Batik |
|

Tangan kiri terbuka tapak ke atas, tangan 'A' tapak ke
bawah pada pangkal tapak tangan kiri lalu digosok keatas hujung jari. |
|
Selipar |
|

Tangan kiri terbuka tapak kebawah, tangan kanan 'D'
hujung jari telunjuk diselitkan diantara jari telunjuk dan jari hantu. |
|
Seluar Dalam |
|

Kedua-dua belah tangan terbuka tapak keatas tepi tapak
bertemu, lalu direnggangkan melengkung ke kiri dan kanan. |
|
Seluar Panjang |
|

Kedua-dua belah tangan 'C' tapak ke depan paras muka,
lalu dibawa turun ke paras dada menjadi 'S'. |
|
Sikat |
|

Tangan kanan 'A' tapak ke dalam tepi kepala kanan
seolah-olah seperti sedang menyikat rambut. |
|
Skaf |
|

Kedua-dua tangan dibentuk 'A' pada paras dahi kemudian
digerakkan serentak melengkung hingga ke bawah dagu seperti mengikat skaf. |
|
Songkok |
|

Tangan kanan 'C' di depan kepala kemudian digerakkan
ke atas kepala. |
|
Subang |
|

Tangan kanan 'G' ibu jari dan jari telunjuk rapat lalu
dikenakan pada telinga. |
|
Tali Leher |
|

Kedua-dua belah tangan 'C' tapak menghadap ke dalam
kenakan pada dada lalu dibawa naik ke atas. |
|
Tali Pinggang |
|

Kedua-dua belah tangan 'H' paras kiri kanan pinggang,
lalu digerakkan ke tengah hingga kedua belah tangan bertemu. |
|
Topi |
|

Tangan kanan 'T' di depan dahi, lalu digerakkan ke
kepala dan ibu jari menyentuh dahi. |
|
Tudung |
|

Kedua-dua belah tangan 'L' hujung jari telunjuk
menghadap atas, lalu dikenakan pada kiri dan kanan muka. |
|
Klip Rambut |

Tangan kanan mengkelip rambut menggunakan ibu jari,
jari telunjuk dan jari hantu. |