Pilihan Biskita

 | Pekerjaan

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 
Bomba


Kedua-dua belah tangan 'C', seperti memegang hos (saluran pancutan air).

Ahli Perniagaan


Kedua-dua belah tangan 'B', tangan kiri di atas tangan kanan menghadap dada lalu buat satu pusingan dengan arah yang berlawanan. Kemudian Tangan kiri digerakkan ke atas lengan kanan.

Akauntan


Tangan kiri terbuka tapak ke atas, tangan kanan 'A' kenakan pada tapak kiri, lalu 'A' dipusingkan tapak menghadap atas.

Arkitek


Tangan kiri terbuka melintang dada, tangan kanan 'Y' kenakan anak jari pada siku kiri, lalu ditarik ke tengah lengan tangan kiri (ulang 2 kali).

Askar


Kedua-dua belah tangan 'A', ibu jari tegak ke atas, tangan kiri di dada kiri, tangan kanan di pinggang kiri.

Bersara


Kedua-dua belah tangan 'L' dan 'R', kenakan ibu jari kedua belah tangan pada dada kiri dan kanan.

Bos


Kedua-dua belah tangan 'C' diparas kiri kanan kepala, lalu digerakkan ke depan ke depan menjadi 'S'.

Boss


Tangan kanan 'B' tapak ke kiri kenakan pada bahu kiri

Eksekutif


Tangan kanan 'E' diletakkan di bawah bahu kiri di gerak-gerakkan sedikit

Juru Gambar


Kedua-dua belah tangan buat isyarat 'Kamera', kemudian buat isyarat 'orang'.

Juru Kamera


Tangan kiri terbuka bengkok sedikit paras dahi, tangan kanan '3' tapak ke kiri tepi pipi kanan, lalu digerakkan ke kanan bersama-sama.

Juru Kimpal


Tangan kiri terbuka tapak menghadap kiri mata, tangan kanan 'L' jari telunjuk ke depan dan digerakkan seperti sedang mengimpal.

Tukang Masak


Kedua-dua belah tangan '5' di tepi kiri kanan kepala, lalu digerakkan ke atas seperti bentuk topi tukang masak.

Kerani


Tangan kiri terbuka tapak menghadap atas, tangan kanan 'K' ibu jari dan telunjuk bersentuhan pada paras telinga, lalu di bawa ke tapak kiri dan buat seperti sedang menulis.

Juru Wang


Kedua-dua belah tangan '5' digerakkan seperti menekan mesin mengira wang.

Peguam


Tangan kanan 'B' jari dibengkokkan paras cuping telinga kanan gerakkan melengkung turun ke bawah sedikit.

Meletakkan Jawatan


Kedua-dua belah tangan 'L' ibu jari dikenakan pada bahu kanan, lalu diturunkan ke depan, tapak menghadap ke bawah.

Nelayan


Kedua-dua belah tangan digenggamkan tapak ke atas, tangan kanan di depan tangan kiri, lalu tangan kanan tarik ke belakang tangan kiri ke depan buat 2 kali.

Bapa Saudara


Kedua-dua belah tangan 'A', digaris-gariskan pada kiri dan kanan dada dengan ibu jari kedua belah tangan.

Dewasa


Tangan Kanan membuat 'D' sentuh pipi kanan dan gerakkan menlengkung ke atas menyentuh tepi dahi.

Kanak-Kanak


Tangan Kanan terbuka tapak ke bawah di tepi badan lalu digerakkan melengkung ke kanan dua kali.

Kawan


Kedua-dua belah tangan membuat 'D' disilangkan mula tangan kanan di atas kiri, kemudian kiri di atas kanan, ulang sebanyak dua kali.

Kawan Karib


Kedua-dua belah tangan membuat '5' lalu dicangkuk jari telunjuk dengan ibu jari lalu membuat pusingan lawan arah jam.

Kekasih


Kedua-dua tangan '5' jari hantu dan jari manis dirapatkan ke tapak tangan, tapak menghadap satu sama lain, lalu ditemukan.

Berdua-duaan


Tangan kanan membuat 'V', lalu digerakkan ke depan secara berombak.

Keluarga


Kedua-dua belah tangan membuat isyarat 'F' dirapatkan lalu digerakkan ke depan melengkung dan bertemu semula, tapak menghadap ke dada.

Bujang


Tangan kanan membuat 'B' di tepi bibir kiri, lalu digerakkan ke tepi bibir kanan.

Tunang


Tangan kiri terbuka tapak menghadap ke bawah dan ibu jari dan telunjuk tangan kanan dikenakan pada jari manis tangan kiri, seakan-akan menyarungkan cincin.

Kahwin


Tangan kiri terbuka tapak menghadap atas, tangan kanan memegang tangan kiri seperti berjabat tangan.

Akad Nikah


Tangan kanan berjabat tangan kiri lalu digoncangkan sekali sahaja.

Bersanding


Tangan kiri membuat 'V', tangan kanan terbuka tapak menghadap bawah, digerakkan ke atas dan ke bawah seperti mengipas pengantin.

Cerai


Kedua-dua belah tangan membuat 'D', hujung jari telunjuk bersentuh keduanya menghadap ke depan, lalu digerakkan ke kiri dan kanan serentak.

Suami


Buat isyarat "Lelaki" kemudian buat isyarat "Kahwin".

Isteri


Buat isyarat "Perempuan" kemudian buat isyarat "Kahwin".

Keturunan atau Generasi


Tangan kiri membuat 'S' lurus ke depan, tangan kanan membuat '5' jari dibengkokkan dengan hujung jari ke atas, diletakkan atas bahu sebelah tangan kiri dam dibawa turun ke bawah melengkung sebanyak 2 kali sehingga ke pergelangan tangan.

Orang


Kedua-dua belah tapak tangan terbuka dengan jari jemari ke depan, tapak tangan menghadap antara satu sama yang lain pada paras dada, lalu digerakkan ke bawah.

Emak Saudara


Buat isyarat "Emak", kemudian buat isyarat "Saudara".