|
|
|
|
Baik Hati |
|

Tangan kanan '5' membengkok, tapak ke dalam jari dikenakan pada dada kanan lalu
direnggangkan ke depan sambil jari digengam dan ibu jari menghala ke atas. |
|
Bangga |
|

Tangan kanan 'A', ibu jari dikenakan pada tengah dada lalu dinaikkan ke atas. |
|
Benci |
|

Kedua-dua belah tangan '8' pada paras muka lalu dijentikkan ke depan menjadi
'5'. |
|
Bimbang |
|

Kedua-dua belah tangan 'W' tapak menghadap telinga lalu buat bulatan
mengelilingi telinga kiri dan kanan bergilir-gilir. |
|
Bosan |
|

Tangan kanan 'D', hujung telunjuk dikenakan pada tepi kanan hidung, tapak ke
depan lalu tangan dipusingkan ke dalam. |
|
Busuk hati |
|

Tangan kanan '5' jari dibengkokkan, tapak ke dalam hujung jari dikenakan pada
dada kanan, kemudian bawa tangan terbuka mengipas hidung. |
|
Cemburu |
|

Tangan kanan 'I', hujung jari kenakan pada tepi bibir lalu digerakkan melengkung
ke depan dengan hujung jari ke atas. |
|
Cinta |
|

Kedua-dua belah tangan terbuka disilangkan ke kiri kanan dada. |
|
Gembira |
|

Kedua-dua belah tangan terbuka, tapak kenakan pada kiri kanan dada, lalu
dikibas-kibaskan tapak ke dalam. |
|
Geram |
|

Kedua-dua belah tangan 'S', di kiri kanan bahu lalu digerak-gerakkan seperti
menggigil. |
|
Kasihan |
|

Tangan kanan 'X' disentuhkan pada pipi lalu digoreskan ke bawah. |
|
Kesal |
|

Tangan kanan 'S' di tepi telinga, digerakkan ke depan sedikit kemudian menjadi
'5' bengkok berulang kali. |
|
Lega |
|

Tangan kanan terbuka tapak ke bawah menyentuh paras dada kiri, lalu diturunkan
sedikit ke bawah. |
|
Lucu |
|

Tangan kanan 'L', tapak ke dalam bawah mulut lalu dipusingkan ke depan menjadi
'D'. |
|
Malu |
|

Tangan kanan terbuka jari dibengkokkan, belakang tapak dikenakan pada pipi terus
disapu ke depan. |
|
Marah |
|

Kedua-dua belah tangan 'E', jari terbuka tapak ke dalam, sentuh pada dada lalu
dinaikkan ke atas paras kiri kanan bahu. |
|
Tengking |
|

Tangan kanan '5' jari dibengkokkan, jari terbuka tapak ke depan, belakang tapak
tangan kanan dikenakan pada bibir lalu dibawa ke depan. |
|
Mengantuk |
|

Tangan kanan terbuka, tapak menghadap ke atas dan kenakan hujung jari pada bawah
mata kanan, lalu digerakkan turun ke bawah. |
|
Puas hati |
|

Kedua-dua belah tangan terbuka, tapak ke bawah, tangan kanan paras perut, tangan
kiri paras dada, lalu dipukulkan pada badan. |
|
Rindu |
|

Tangan kanan 'R', dikenakan pada tepi dahi, lalu di gerakkan berpusing ke depan. |
|
Risau |
|

Tangan kanan 'E', tapak ke dalam, lalu disentuhkan pada dahi kanan dengan tangan
digerak-gerakkan. |
|
Sabar |
|

Tangan kanan terbuka, tapak ke dalam dikenakan pada dada lalu diturunkan ke
bawah. |
|
Sayang |
|

Kedua-dua belah tangan 'S', bersilang tangan kanan pada bahu kiri, tangan kiri
pada bahu kanan. |
|
Sedih |
|

Tangan kanan 'G', hujung jari dikenakan pada kiri kanan bibir lalu diturunkan
sedikit ke bawah. |
|
Sendirian |
|

Tangan kanan 'D', tapak ke kanan hujung jari ke atas lalu dipusingkan tangan ke
luar. |
|
Suka |
|

Tangan kanan, jari hantu dan ibu jari dikenakan pada dada lalu ditarik ke depan
dan kedua jari itu bertemu. |
|
Terkejut |
|

Kedua-dua belah tangan 'G' pada paras kiri kanan mata lalu digerakkan menjadi
'L' |
|