|
Angkat Berat |
|

Kedua belah tangan 'S' tapak ke depan paras bahu lalu digerakkan naik ke atas
hingga paras kepala. |
|
Badminton |
|

Tangan kanan 'T' pada paras telinga kanan, lalu
digerak-gerakkan ke depan dan belakang. |
|
Beregu |
|

Kedua-dua belah tangan 'V', kedua belah tapak tangan menghadap satu sama lain
sambil digoyangkan sedikit. |
|
Berenang |
|

Tangan kanan 'V' tapak ke bawah pada paras dada, lalu digerakkan jari sambil
tangan dibawa ke depan dan belakang. |
|
Besbol |
|

Kedua-dua belah tangan 'S', tangan kanan pada paras bahu di atas sedikit dari
tangan kiri, lalu dihayunkan serentak ke depan pada paras dada. |
|
Bola Jaring |
|

Tangan kiri 'D' tangan kanan 'O' dikenakan pada hujung jari telunjuk kiri. |
|
Bola
Keranjang |
|

Tangan kanan '5' tapak ke bawah digerakkan ke kiri dan kanan pada paras perut,
kemudian tangan kanan dibawa ke atas pada paras bahu sambil tapak tangan
menghadap ke atas, setelah itu digerakkan seperti melambung bola. |
|
Bola Sepak |
|

Tangan kiri terbuka tapak ke atas, tangan kanan '3' tapak ke dalam diletakkan di
atas tapak kiri lalu digerakkan keluar seperti menendang bola. |
|
Boling |
|

Tangan kanan buat seperti memegang bola baling, tapak ke depan paras pinggang
lalu dihayunkan ke depan. |
|
Golf |
|

Tangan kiri melintang dada tapak terbuka ke atas, tangan kanan 'X' diparas bahu
digerakkan secara melengkung ke atas tapak tangan kiri. |
|
Hoki |
|

Tangan kiri 'S' melintang pada paras perut, tangan kiri 'X' pada paras pinggang,
buat seakan-akan memegang kayu hoki, kemudian digerakkan ke kiri seperti
mengelicik bola. |
|
Juara atau Johan |
|

Tangan 'D' hujung jari tegak ke atas pada paras bahu kanan, lalu digerakkan ke
depan. |
|
Judo |
|

Kedua-dua tangan 'S' pada paras bahu kanan, lalu dibawa ke depan dan kedua belah
tangan terbuka tapak ke bawah. |
|
Karate |
|

Kedua-dua belah tangan 'S', tangan kanan didepan dengan tapak ke bawah dan
tangan kiri pada paras pinggang tapak ke atas, kemudian digerakkan tangan kanan
ke paras pinggang dengan tapak ke atas dan tangan kiri ke depan dengan tapak ke
bawah. |
|
Ketiga |
|

Tangan kanan '3' buat isyarat 'Juara' |
|
Memanah |
|

Tangan kiri digenggam ke depan, tangan kanan 'V' paras dagu, buat seperti
memanah. |
|
Menembak |
|

Tangan kiri 'O' tapak ke atas pada paras dada, tangan kanan 'L' tapak ke dalam,
lalu digerakkan ke belakang seperti sedang menembak. |
|
Naib Johan (Kedua) |
|

Tangan kanan 'V' buat seperti isyarat 'Juara'. |
|
Lumba
Perahu |
|

Kedua-dua belah tangan 'S' rapat satu sama lain, tapak ke bawah lalu digerakkan
ke depan dan belakang diikuti dengan badan. |
|
Permainan |
|

Kedua-dua belah tangan 'G' tapak menghadap sama sendiri, lalu digoyang-goyangkan
ke atas dan ke bawah. |
|
Perseorangan (single) |
|

Kedua-dua belah tangan 'D', menghadap antara satu sama lain sambil
digoyang-goyangkan sedikit. |
|
Pertandingan |
|

Kedua-dua belah tangan 'D' hujung jari menghadap satu sama lain, lalu digerakkan
ke depan dan belakang sedikit. |
|
Piala |
|

Kedua-dua belah tangan'Y' tapak menghadap satu sama
lain, ibu jari digerakkan melengkung ke depan secara serentak. |
|
Pingat |

Tangan kanan 'C' diletakkan di tengah dada. |
|
Ping pong |
|

Tangan kiri 'O' di tengah dada, tangan kanan 'B' di
depan lalu digerakkan ke dalam di atas tangan kiri. |
|
Ragbi |
|

Kedua-dua belah tangan terbuka, tangan kanan paras
dada tapak menghadap ke bawah, tangan kiri paras pinggang kanan tapak menghadap
ke atas, bengkokkan sedikit jari. Buat seperti memegang bola ragbi. |
|
Sepak Takraw |
|

Tangan '5' tapak ke atas, belakang tangan dikenakan
pada dahi kanan kemudian gerakkan melengkung ke depan. |
|
Silat |
|

Kedua-dua tangan terbuka, tangan kiri tapak ke bawah,
tangan kanan tapak ke atas kemudian bertukar kedudukan dan bawa tangan kanan ke
kiri. |
|
Skuasy |
|

Tangan kanan 'S' di kiri pingging tapak ke atas
kemudian digerakkan ke kanan. |
|
Tenis |
|

Tangan kiri '5' tapak ke atas, tangan kanan 'A' paras
perut, lalu tangan kiri dinaikkan pada paras bahu dan diikuti tangan kanan
digerakkan melengkung naik ke atas. |
|
Tinju |
|

Kedua-dua belah tangan 'S', tapak ke bawah, tangan
kiri di atas tangan kanan lalu buat seperti bertinju. |
|
Ski |
|

Kedua-dua belah tangan 'X' siku paras pinggang kiri
dan kanan, tapak ke atas lalu digerakkan ke depan dan belakang |