: Mengenai ISUSOSIAL : Masalah ISUSOSIAL : Pelan Tindakan : Informasi Berkaitan : Tips dan Panduan : Bantuan Awda :

Bantuan On-line

Klik Disini Untuk Mencetak

SOALAN
Q. Bapaku meninggal 5 tahun yang lepas, masa ani mamaku ada hubungan dengan lelaki lain, dorang ani kan kahwin, patutkah aku menerima kawan mamaku atu ???  byk orang cakap bapa tiri atu jahat? Banarkah ?
A.

Seorang wanita yang kematian suami atau telah diceraikan adalah tidak salah baginya untuk berkahwin lagi, malah ugama katani mengalakkan seseorang itu untuk berkahwin.  Seperti dalam satu hadith riwayat Hakim dan Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda bermaksud,

“ Nikahilah olehmu kaum wanita, maka sesungguhnya Allah akan memberikan kamu rezeki dengan perantaraan mereka”

Mengenai dengan persepsi yang mengatakan ‘bapa/ ibu tiri itu jahat’ sebenarnya itu hanyalah satu kebetulan, tidak dinafikan ianya terjadi tetapi cuma segelintirnya sahaja.  Berkahwin itu banyak faedahnya dan ianya adalah digalakkan, diantaranya ialah ;

1. Ia dapat mengurangkan masalah bebanan ekonomi; dengan beristeri atau bersuami, mereka dapat berkongsi pendapatan untuk menyara anak-anak.
2. Memberi jaminan perlindungan/ keselamatan; suami mungkin mampu untuk menyediakan perumahan untuk isteri atau sebaliknya
3. Dapat memberi sokongan kepada pasangan masing-masing; mempereratkan lagi kasih-sayang atau silaturahim
4. Untuk mengelakkan dari fitnah
5. Bagi menambah keturunan
6. Bagi memenuhi keperluan jasmani atau kehendak syahwat manusia

Justeru itu, sebagai anak, janganlah adik mudah berburuk sangka terhadap pilihan ibu adik, malah adik hendaklah merestui hubungan ibu adik, bagi kebaikan dan kebahagian ibu dan adik sendiri.  Walaubagaimanapun jika adik tidak berpuas hati dengan pilihan ibu adik, ada baiknya adik berterus-terang kepadanya dengan cara yang berhikmah, dengan cara yang demikian, ibu adik akan dapat memahami isi-hati adik dan akan cuba membincangkan dan menyelesaikan perkara-perkara yang masih kusut sebelum mereka berkahwin.
       
Q. Saya ada seorang kawan baik, saya sungguh tidak menyangka bahawa dia sanggup mencuri dan memburukkan maruah saya atas sebab mengapa beliau berkelakuan begitu?
A. Kita perlulah ingat setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini tidak ada yang sempurna, baik dari segi fizikalnya mahupun dari segi kerohaniannya.  Memang sudah menjadi lumrah kehidupan seseorang itu melakukan kesalahan.  Oleh itu, sebagai seorang remaja adik hendaklah tahu menilai sifat-sifat buruk yang perlu dijauhi.  Memilih kawan/sahabat yang baik adalah penting terutama bagi remaja kerana kawan/sahabat dapat mempengaruhi dan merubah corak hidup kita, bak kata pepatah;

“Apabila berkawan dengan penjual minyak wangi, paling tidak kita akan turut berbau wangi.  Apabila berkawan dengan pembuat besi, paling tidak terkena juga cebisan api yang melubangkan pakaian kita”

Walaubagaimanapun, memandangkan kawan baik adik melakukan tabiat buruk iaitu suka mencuri dan memburukkan maruah adik, adik bolehlah menasihatinya secara baik dan berterus-terang kepadanya tentang keburukan yang kawan adik lakukan.  Untuk pengetahuan adik, tabiat suka mencuri ini selalunya ada pada diri remaja yang tidak mendapat perhatian ibu bapa dan tujuan mereka hanyalah untuk mendapatkan kepuasan.  Begitu jugalah dengan tabiatnya yang suka menjatuhkan maruah adik, ianya berpunca daripada pengaruh contoh teladan buruk yang pernah mereka lihat serta alami.  InsyaAllah, dengan adanya teguran dan bimbingan yang baik dari adik, mungkin adik dapat mengubah sikap buruk kawan baik adik.

Walaubagaimanapun, jika perkara sebaliknya berlaku, iaitu perhubungan adik menjadi semakin renggang, janganlah salahkan diri adik, adalah tidak salah adik menjauhkan diri darinya, kerana untuk terus berkawan dengannya akan lebih menyusahkan hidup adik.

Imam at-Tarmidzi meriwayatkan hadith yang bermaksud,
“…tetapi hendaklah kamu menyediakan diri kamu, apabila orang ramai berbuat baik, hendaklah kamu berbuat baik, dan apabila orang ramai berbuat jahat, hendaklah kamu menjauhkan diri daripada kejahatan itu”
Q. Sesudah anak itu lahir, selepas itu baharulah dia kahwin tetapi bukan dengan bapa anak itu (lelaki lain).  Sesudah lelaki itu tahu, lelaki itu meninggalkannya tanpa lafaz cerai.  Adakah salah kahwin semata-mata kerana seks? Patutkah atau tidak mereka bercerai?
A. Diantara tujuan perkahwinan dalam Islam adalah untuk membentuk keluarga sakinah (aman, damai, bahagia dan penuh cinta kasih).  Setiap perkahwinan itu akan melalui dua peringkat; mawaddah (cinta berahi) dan rahmah (kasih sayang).  Sebelum mencapai rahmah, suami isteri akan melalui masa mawadah iaitu kasih sayang berdasarkan hubungan seks.  Justeru itu, tidak salah jika berkahwin kerana seks kerana ia mampu memenuhi keperluan syahwat manusia.  Walaubagaimanapun mereka juga tidak akan terlepas dari tanggungjawab yang telah diamanahkan Allah kepada mereka.  Allah berfirman dalam surah An Nisa:  34 yang bermaksud,

“Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan” 


Dalam kes diatas, jika mereka memahami maksud perkahwinan, mereka mungkin tidak akan bercerai.  Walaubagaimanapun, perceraian itu mungkin atas sebab-sebab lain yang tidak kita ketahui dan tidaklah layak bagi kita untuk mempersoalkan sesuatu yang belum jelas kebenarannya.
Q. Bagaimana kalau teman lelaki merogol teman wanitanya tetapi perempuan itu tidak melaporkan kepada ibu-bapanya malah suka akan pelakuan teman lelakinya.  Adakah cara itu betul?
A. Apa yang dikatakan rogol disini ialah apabila seorang wanita itu dipaksa melakukan hubungan seks tanpa kerelaannya, tetapi jika sebaliknya iaitu dia suka diperlakukan begitu, itu bukanlah dikatakan rogol tetapi melakukan seks atas kerelaan hati (berzina).  Melakukan hubungan seks sebelum berkahwin adalah salah dari segi ugama katani.  Oleh itu, samada dia melakukan seks kerana dipaksa atau atas kerelaan hati, dia sepatutnya memberitahu kepada kedua orang tua mereka kerana perempuan yang belum berkahwin adalah dibawah tanggungjawab kedua orang tua mereka.    
Q. Saya ada seorang adik yang terlibat dadah, dimanakah tempat yang boleh saya hadapkan perkara ini?
A.
Sila hubungi:
Biro Kawalan Nacotik
Jabatan Perdana Menteri,
Jalan Tungku, Gadong,
Daerah Brunei-Muara
Telefon: 02-448877,422479,422480,422481
Emel: narcotics@brunet.bn
Q. Bagaimanakah cara berkesan berhenti merokok?
A. Ada beberapa langkah yang perlu di ambil:
Membuat Senarai mengenai manfaat berhenti merokok
Jauhi dari tempat-tempat yang mudah merangsang diri
Gantikan duit untuk membeli rokok dengan membeli barang yang disukai
Carilah pengganti lain untuk dipegang seperti memegang pen atau disedut
Bertukar tabiat, misalnya, kalau biasanya merokok selepas makan, lakukan sesuatu bagi mengertikan tabiat tersebut, seperti berjalan-jalan
Q. Apakan kesan-kesan akibat penyalahgunaan dadah?
A. Kesan yang ketara:
Hilang kawalan diri dan emosi
Berkhayal yang bukan-bukan dan hilang daya ingatan
Perasaan tertekan, diserang rasa takut dan gangguan mental
Kuat bercakap
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer