Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL BENGKEL ASAS BAHASA ISYARAT SEMPENA HARI ANTARABANGSA WARGA EMAS DAERAH BELAIT

22102020_Majlis Penyampaian Sijil Bengkel Asas Bahasa Isyarat Sempena HAWE Daerah Belait (1).jpg

BELAIT, Khamis, 22 Oktober 2020 - Bengkel Asas Bahasa Isyarat yang dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Orang Kelainan Upaya (OKU), Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan Persatuan Orang Kurang Pendengaran (OKP) selama tiga hari (20-22 Oktober) telah pun menutup tirainya pada petang ini dengan Majlis Penyampaian Sijil kepada 17 orang peserta bengkel yang terdiri daripada ahli-ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Belait dan Majlis Perundingan Kampung (MPK) Daerah Belait bertempat di Dewan Persidangan Belait, Daerah Belait.

22102020_Majlis Penyampaian Sijil Bengkel Asas Bahasa Isyarat Sempena HAWE Daerah Belait (2).jpg

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan sijil tersebut ialah Yang Berhormat Awang Haji Hanapi bin Siput, Pemangku Penghulu Mukim Labi / Ketua Kampong Labi 1.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat yang diketuai oleh Awang Haji Mohammad Samari bin Haji Mohammad Noh, Peserta Program Pembangunan Eksekutif Bagi Pegawai-Pegawai Pertengahan (EDPMMO) dan diteruskan dengan persembahan nyanyian 'Rasa Sayang' menggunakan Bahasa Isyarat daripada peserta bengkel. Majlis juga turut diserikan dengan tayangan video pendek mengenai aktiviti yang diadakan oleh para peserta sepanjang mengikuti bengkel tersebut.

22102020_Majlis Penyampaian Sijil Bengkel Asas Bahasa Isyarat Sempena HAWE Daerah Belait (3).jpg

22102020_Majlis Penyampaian Sijil Bengkel Asas Bahasa Isyarat Sempena HAWE Daerah Belait (5).jpg

Orang ramai yang berhasrat untuk menyertai bengkel Bahasa Isyarat boleh menghubungi Bahagian Orang kelainan Upaya ditalian +673 2330315 atau e-mel kepada 'pusatbahagia@gmail.com'.


Attachments
Created at 1/23/2021 11:38 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 1/23/2021 11:38 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim