Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA-MANGSA BENCANA

IMG_1856.jpg

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan JAPEM kepada tiga (3) orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian rumah roboh dan kebakaran rumah di Daerah Brunei dan Muara. Majlis berlangsung di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Hadir menyampaikan bantuan kewangan tersebut ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sebuah rumah jenis kayu separuh darat dan separuh air yang dimiliki oleh Pengiran Haji Muhd Hazri bin Pengiran Haji Johari di Kampung Pengkalan Sibabau telah roboh pada 22 Februari 2022. Kejadian yang sama juga berlaku kepada keluarga Dayang Jalinah Sam Hamid di Kampung Sungai Besar yang roboh pada 27 Februari 2022. Tiada sebarang kecederaan berlaku semasa kejadian.

IMG_1863.jpg

Dalam kejadian yang berasingan pula, sebuah rumah di Kampung Sungai Tampoi yang dimiliki oleh Dayang Hajah Asmah binti Haji Tamin telah mengalami kebakaran pada 27 Februari 2022.

Kesemua mangsa kejadian bencana menerima bantuan kewangan kerajaan hari ini untuk meringankan kesusahan yang dialami dan meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.​

Attachments
Created at 9/1/2022 2:58 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 9/1/2022 2:58 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim