Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN BENCANA

PENGIRAN NORSITY ELVY SUNARTI BINTI PENGIRAN HAJI TERAPIN.jpg

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan JAPEM kepada seorang wakil ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah dan dua (2) ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian rumah roboh.

Majlis berlangsung di Bilik Kunjungan, bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada ketua-ketua keluarga berkenaan.

KARTIKA BIN SUHAIMI.jpg

Sebuah rumah milik Ramri bin Nona di Kampung RPN Bukit Beruang, Daerah Tutong telah mengalami kebakaran pada 06 September2022 sekitar pukul 7.48 malam. Kebakaran tersebut telah merosakkan sebahagian rumah mangsa. Namun tiada sebarang kecederaan berlaku semasa kejadian.

WAKIL RAMRI BIN NONA.jpg

Selain itu, sebanyak dua (2) buah rumah di Kampung Bakut Berumput dan Kampung Lurong dalam, Daerah Brunei Muara telah dilanda rumah roboh yang berlaku pada 15 September 2022. Kejadian rumah roboh milik Kartika binti Suhaimi telah ranap sepenuhnya dan rumah milik Pengiran Norsiti Elvy Sunarti binti Pengiran Haji Terapin pula mengalami kerosakan sebahagian rumah. Tiada sebarang kecederaan berlaku semasa kejadian.

IMG_8634.jpg

Kesemua mangsa bencana telah menerima bantuan kewangan hari ini bagi membantu meringankan kesusahan yang dialami untuk meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

Attachments
Created at 12/27/2022 12:24 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 12/27/2022 12:24 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim