Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS KESYUKURAN (KHAS WANITA) SEMPENA SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA 2023

IMG_3492.jpg

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan Majlis Kesyukuran (Khas Wanita) sempena Hari Wanita Antarabangsa di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang disertai hampir 200 orang.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Datin Hajah Dayang Binanun binti Haji Bungsu, Isteri kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-Pegawai Kanan, ahli-ahli persatuan, rakan-rakan strategikKKBS serta mahasiswi dari pusat-pusat pengajian tinggi.

IMG_3498.jpg

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai. Manakala bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dipimpin oleh Yang Mulia Dayang Norkamaliah binti Haji Mokti, Guru Ugama Terlatih, Pusat Pembangunan Belia.

Majlis diserikan dengan tazkirah bertajuk 'Wanita Mithali dan Berinovasi Membangun Ummah' yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Hajah Ummi Fa'izah binti Haji Abdul Rahman, Pensyarah UNNISA. Antara intipati tazkirah ialah definisi wanita Mithali sebagai teladan dan inovasi ke arah perubahan yang positif. Ditekankan juga, di era digital in wanita hendaklah bijak dalam penggunaan media sosial sebagai platform untuk menyebarkan ibadah namun masih menjaga batas selaku wanita Mithali.

Majlis turut diimarahkan dengan persembahan Tausyeh dan bacaan Sayyidul Istighfar oleh Kumpulan Firqah An Naylaa serta bacaan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 dan Doa Selamat Terhindar dari Wabak COVID-19 oleh Yang Mulia Dayang Norkamaliah binti Haji Mokti.

IMG_0211.jpg

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa (International Women's Day; IWD) disambut pada setiap 08 Mac. Tahun ini merupakan kali ke-10 Negara Brunei Darussalam menyambut Hari Wanita Antarabangsa, dan tema pada tahun ini adalah "Innovasi Digital dan Teknologi untuk Semua".

Sebagai usaha untuk menyokong dan memeriahkan lagi Hari Wanita Antarabangsa 2023, dengan kerjasama Kementerian Pembangunan, Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien (SHOAS) akan dinyalakan dengan lampu berwarna ungu. Penyalaan lampu Jambatan SHOAS akan bermula pada malam ini, Selasa, 07 Mac 2023 pukul 7.00 malam dan akan berakhir pada hari Rabu, 08 Mac 2023 pukul 12.00 malam.

Attachments
Created at 3/20/2023 11:20 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 3/20/2023 11:20 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim