Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PELATIH-PELATIH PUSAT BAHAGIA EMPAT DAERAH SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1446/2025

​​IMG_1281.jpg

​Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Peak Performance Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama pelatih-pelatih Pusat Bahagia (PB) empat daerah sempena Hari Raya Aidilfitri 1446/2025 bertempat di Peak Club, Lebuhraya Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh YM Ustaz Muhamad Tarif Bin Haji Ali, Guru Agama Pusat Bahagia Daerah Tutong.

IMG_1053.jpg

Majlis diserikan lagi dengan beberapa persembahan nyanyian dan tarian bertemakan hari raya daripada pelatih-pelatih Pusat Bahagia empat daerah serta daripada YM Awang Mohammad Hakim Imanuddin Bin Asarwih, ahli Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Kebangsaan NBD (BDNAB) bertajuk “Raya Ria Pusat Bahagia” yang mana liriknya telah dicipta oleh YM Awang Muhammad Jamary bin Danggat, pengajar Pusat Bahagia Brunei Muara yang juga merupakan seorang OKU penglihatan.

Majlis ramah mesra ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim Pusat Bahagia di keempat-empat daerah serta di antara para pegawai dan kakitangan kementerian, Peak BN dan rakan-rakan strategik KKBS bersama orang kelainan upaya (OKU). Majlis ini juga sebagai wadah untuk menyemai budaya kunjung mengunjungi semasa hari lebaran disamping memupuk semangat inklusif iaitu menggalakkan penyertaan OKU dalam sambutan masyarakat agar mereka tidak rasa terpinggir, mengetengahkan bakat, minat (interest) dan meningkatkan keyakinan diri pelatih-pelatih Pusat Bahagia dalam seni persembahan. Selain itu, meningkatkan kesedaran (awareness) masyarakat iaitu memberi pendedahan kepada orang ramai tentang keperluan, cabaran yang dihadapi oleh golongan OKU dan menyemai nilai kasih sayang, empati, menanamkan sikap prihatin serta memberikan kegembiraan di kalangan masyarakat terhadap OKU.

IMG_1304.jpg

Turut hadir ialah Setiausaha-setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Persatuan-persatuan di bawah MKOKU, rakan-rakan strategik dan YM Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat selaku Pengerusi Majlis.

Attachments
Created at 7/8/2025 3:51 PM by jamaddil.kassim
Last modified at 7/8/2025 3:51 PM by jamaddil.kassim