Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation Linkslatest Announcement

  
  
Body
  
  
6/23/2020

Dalam usaha mempersiapkan para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung di seluruh negara bagi pelaksanaan Sistem Kebajikan Negara (SKN), jerayawara yang telah bermula di Daerah Brunei dan Muara pada pagi ini. Jerayawara di Daerah Brunei dan Muara ini berlangsung selama 3 hari iaitu 23 Jun hingga 25 Jun 2020 yang bertempat di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Sesi pagi bermula dari jam 8:30 pagi hingga 10:30 pagi manakala sesi petang bermula dari 1:30 petang hingga 3:30 petang.

23 Jun 2020
  
6/30/2020

Hari ini, Diteruskan lagi usaha mempersiapkan para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung di Daerah Belait bagi pelaksanaan Sistem Kebajikan Negara (SKN), jerayawara yang telah bermula di Daerah Brunei dan Muara pada 23 Jun hingga 25 Jun 2020 lalu. Jerayawara di Daerah Belait ini, dimulakan pada jam 8:30 pagi hingga 10:30 pagi bertempat di Pusat Persidangan, Kuala Belait.

30 Jun 2020
  
7/1/2020

20200701_Kenyataan Media Covid-19 KKBS - 01 Julai 2020 Vf-page-001.jpg

20200701_Kenyataan Media Covid-19 KKBS - 01 Julai 2020 Vf-page-002.jpg

20200701_Kenyataan Media Covid-19 KKBS - 01 Julai 2020 Vf-page-003.jpg

01 Jul 2020
  
7/9/2020

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Negara Brunei Darussalam dan Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan melawat ke Kawasan-Kawasan Terjejas Banjir di Daerah Belait pada pagi tadi.

09 Jul 2020
  
7/9/2020

Aktiviti latihan keusahawanan semaian bunga pelatih Orang Kelainan Upaya (OKU) Pusat Bahagia Tutong.

09 Jul 2020
  
7/11/2020

Pusat Kegiatan Warga Emas Tutong telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena ulang tahun ke-3 penubuhan Pusat Kegiatan tersebut.

11 Jul 2020
  
7/11/2020

​Aktiviti Kempen Kebersihan Projek Memeduli Warga Emas anjuran Jabatan Pembangunan Masyarakat dengan kerjasama Persatuan Pengakap Negara Brunei Darussalam telah dijalankan pagi ini.

11 Jul 2020
  
7/20/2020

Bandar Seri Begawan, Isnin, 20 Julai 2020 - Majlis Penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada bencana kebakaran rumah yang berlaku di Kampung Lumapas Daerah Brunei dan Muara pada 6 Julai 2020 telah menerima bantuan kewangan kerajaan daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini. Majlis berlangsung di Bilik Kunjungan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sejumlah $1,000 telah disumbangkan oleh Kerajaan Kebawan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada Dayang Hining binti Mahali, ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut.

Hadir bagi menyampaikan bantuan tersebut ialah Yang Berhormat Mejar (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir ke majlis ini ialah pegawai-pegawai kanan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Pemberian bantuan kewangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.


20 Jul 2020
  
7/22/2020

Kenyataan Media Covid-19 KKBS - 22 July 2020 Vf-page-001.jpg

Kenyataan Media Covid-19 KKBS - 22 July 2020 Vf-page-002.jpg

Kenyataan Media Covid-19 KKBS - 22 July 2020 Vf-page-003.jpg

22 Jul 2020
  
7/23/2020

Majlis Penyerahan Sumbangan Derma kepada Kompleks Rumah Kebajikan, Jabatan Pembangunan Masyarakat sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia King Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun, Raja Thailand pada 28 Julai 2020.

Hadir bagi menyerahkan sumbangan tersebut ialah Puan Yang Terutama Wanthanee Viputwongsakul, Duta Besar Thailand di Negara Brunei Darussalam kepada Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar); Dayang Saidah binti Haji Wahid, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Dayang Noryani binti Haji Abdul Rani, Penolong Pengarah Kompleks Pemulihan, Perlindungan dan Probesyen, JAPEM.

23 Jul 2020
  
7/25/2020

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima lawatan rasmi daripada Aewon Brunei ke Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Kampung Lambak Kanan dan Pusat Bahagia, Kampung Pulaie.

Turut hadir ke lawatan tersebut ialah Yang Mulia Kononel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Mr Lau Chai Seng, Managing Director, Aewon Brunei.


25 Jul 2020
  
7/29/2020

[Sumber: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan]

Berita: Lee Chin Foo - KKBS

Bandar Seri Begawan, Rabu, 29 Julai 2020 – Unit Perkembangan Sumber Tenaga Manusia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menyelenggarakan kursus secara maya (virtual) yang dikelolakan oleh Institut Perkhidmatan Awam.

Seramai 30 warga KKBS telah menghadiri kursus tersebut di Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sementara jabatan-jabatan lain juga menghadiri kursus yang sama di dewan jabatan masing-masing, mengikut keramaian yang dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan untuk mematuhi segala peraturan dan arahan yang berkaitan dengan langkah-langkah penjarakan sosial.

Kursus pagi tadi disampaikan oleh Yang Mulia Pg Hj Md Ali Noor bin Pg Hj Ismail, dari Kluster Inovasi dan Teknologi Info-Komunikasi, yang bertajuk 'Menangani Perubahan Dalam Norma Baru'.


29 Jul 2020
  
7/30/2020

Bandar Seri Begawan, Khamis, 30 Julai 2020 - Majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa bencana kebakaran yang berlaku di Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Katok B, Daerah Brunei dan Muara pada 22 Julai 2020 yang lalu telah menerima bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini yang berlangsung di Bilik Kunjungan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hadir bagi menyampaikan bantuan tersebut ialah Yang Mulia Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada Ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut. Majlis juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Pemberian bantuan kewangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.


30 Jul 2020
  
7/30/2020

Bandar Seri Begawan, Khamis, 30 Julai 2020 - Bantuan lampin pakai buang dan susu yang telah dan terus diungkayahkan oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) kepada penerima-penerima bantuan dalam kalangan warga emas yang berkeadaan uzur (bed ridden) serta berkehidupan susah menurut garispanduan yang ditetapkan kini diagihkan secara in-kind.

Melalui kaedah pemberian secara in-kind, pegawai-pegawai JAPEM sendiri akan menyampaikan lampin pakai buang dan susu secara langsung kepada penerima-penerima di kediaman masing-masing setiap bulan secara serentak di keempat-empat daerah. Kaedah pengagihan ini membolehkan pihak JAPEM untuk lebih prihatin dengan melihat sendiri keadaan kehidupan warga emas dan seterusnya menangani kemaslahatan mereka.

Pada masa ini, seramai 86 orang warga emas menerima bantuan bulanan bagi pemakaian lampin pakai buang dan minuman susu sebagai keperluan asasi harian mereka. Daripada jumlah ini, 31 orang warga emas menerima bantuan bulanan bagi pemakaian lampin pakai buang, 33 orang warga emas menerima bantuan bulanan bagi minuman susu, dan 22 orang warga emas lagi menerima bantuan bulanan bagi mendapatkan kedua-dua keperluan tersebut.

Inisiatif ini adalah selaras dengan keutamaan pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memastikan tiada ketirisan dikalangan masyarakat yang memerlukan bantuan termasuk warga emas yang kurang bernasib baik di Negara Brunei Darussalam menurut garispanduan yang ditetapkan. Ke arah ini, pihak Kerajaan akan terus memastikan bantuan yang diagihkan akan digunakan sewajarnya bagi mematuhi keperluan-keperluan khusus warga emas agar kualiti kehidupan mereka akan terus terjamin.


30 Jul 2020
  
8/12/2020

Bandarku Ceria_20200806.jpg

12 Aug 2020
  
8/15/2020

POSTER SKN-page-001.jpg

15 Aug 2020
  
8/22/2020
SKN Temburong.jpeg

SKN Tutong.jpeg

SKN Belait.jpeg

22 Aug 2020
  
9/26/2020

IKLAN JAWATAN KOSONG

Jabatan Pembangunan Masyarakat telah membukakan jawatan kosong kepada orang ramai bagi jawatan Pegawai Kerja Sosial mulai 26 September 2020 hingga 17 Oktober 2020. Orang ramai yang berminat bolehlah melayari http://www.recruitment.gov.bn/


26 Sep 2020
  
10/13/2020

​Jabatan Pembangunan Masyarakat telah membukan tawaran bagi RUBBISH COLLECTION AND DISPOSAL AT PUSAT BAHAGIA DAERAH TUTONG dengan Bilangan Tawaran OCT/JAPEM/2020/PEMBUANGANSAMPAH/PBTUT. Tarikh tutup bagi tawaran ini pada Hari Selasa, 03 November 2020.

131020_Iklan Tawaran.jpg

13 Oct 2020
  
10/22/2020

IMG_20201022_0001_NEW.jpg

IMG_20201022_0002_NEW.jpg

IMG_20201022_0003.jpg

IMG_20201022_0003_NEW.jpg

22 Oct 2020
  
10/29/2020

001.jpg

29 Oct 2020
  
12/23/2020

Tuan/Puan boleh muat turun kedua buku ini secara percuma melalui QR code atau melalui link ini:

​1) Buku Pelan Strategik Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) 2020-2024.

WhatsApp Image 2020-12-24 at 10.36.38.jpeg

http://www.kkbs.gov.bn/Documents/Pelan_Strategik_2020_2024_Bm.pdf

 

2) Buku Rangka Kerja Kebangsaan Bagi Perlindungan Kanak-Kanak (National Framework On Child Protection-NFCP)

IMG-20201221-WA0010.jpg

http://japem.gov.bn/Documents/nfcp.pdf

23 Dec 2020
  
8/9/2021

KKBS_Kenyataan Media Situasi Covid-19 (08 Ogos 2021)_page-0001.jpg

KKBS_Kenyataan Media Situasi Covid-19 (08 Ogos 2021)_page-0002.jpg

09 Aug 2021
  
8/20/2021
KKBS 2021-08-20 at 20.51.30 page 1.jpeg
KKBS 2021-08-20 at 20.51.30 page 2.jpeg
KKBS 2021-08-20 at 20.51.30 page 3.jpeg



20 Aug 2021
  
8/20/2021
KKBS 2021-08-20 at 20.51.30 page 4.jpeg
KKBS 2021-08-20 at 20.51.30 page 5.jpeg
KKBS 2021-08-20 at 20.51.30 page 6.jpeg
KKBS 2021-08-20 at 20.51.30 page 7.jpeg
KKBS 2021-08-20 at 20.51.30 page 8.jpeg
KKBS 2021-08-20 at 20.51.30 page 9.jpeg
KKBS 2021-08-20 at 20.51.30 page 10.jpeg
KKBS 2021-08-20 at 20.51.30 page 11.jpeg


20 Aug 2021
  
8/22/2021
IMG_20210822_Page 1.jpg
IMG_20210822_Page 2.jpg
IMG_20210822_Page 3.jpg
IMG_20210822_Page 4.jpg
IMG_20210822_Page 5.jpg
IMG_20210822_Page 6.jpg
IMG_20210822_Page 7.jpg
IMG_20210822_Page 8.jpg
IMG_20210822_Page 9.jpg
IMG_20210822_Page 10.jpg



22 Aug 2021
  
11/6/2021

IKLAN TAWARAN 6 NOV 2021 1.jpg

06 Nov 2021
  
11/6/2021

Scan Document 4nov -02 001.jpg

06 Nov 2021
  
11/27/2021

Update 3.30pm 151121 BCP JAPEM_page-0017.jpg

Update 3.30pm 151121 BCP JAPEM_page-0037.jpg

Update 3.30pm 151121 BCP JAPEM_page-0038.jpg

Update 3.30pm 151121 BCP JAPEM_page-0039.jpg

Update 3.30pm 151121 BCP JAPEM_page-0040.jpg

Update 3.30pm 151121 BCP JAPEM_page-0041.jpg

Update 3.30pm 151121 BCP JAPEM_page-0047.jpg

27 Nov 2021
  
2/2/2022

Perimeter Fencing Cleaning Works.jpg

02 Feb 2022
1 - 30Next