Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKeluarga dan Kanak-Kanak

Unit Keluarga


Unit ini mengendalikan perkara yang berkaitan dengan keluarga seperti masalah keluarga (perselisihan faham dan sebagainya), masalah suami isteri, merempat/masalah tempat tinggal, orang meminta-minta dan merayau-rayau, penyiasatan permohonan anak angkat dan pelbagai aduan keluarga lagi

Tindakan Jabatan Pembangunan Masyarakat dalam menangani kes-kes keluarga yang dirujuk ke Jabatan ini:

  • Membuat pendekatan dan laporan sosial.
  • Memanggil pihak yang terlibat untuk membincangkan perkara yang berbangkit.
  • Memberikan bimbingan dan khidmat nasihat.
  • Mengadakan perjumpaan keluarga (menjadi orang tengah), jika perlu
  • Menyelaras kes-kes yang diterima bersama agensi yang berkenaan, jika perlu


Unit Wanita


Unit ini juga mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan penganiayaan dan keganasan rumahtangga terhadap wanita serta pelbagai aduan yang diterima daripada wanita

Tindakan Jabatan Pembangunan Masyarakat dalam menangani kes: 

  • Menjalankan pendekatan terhadap mangsa dan keluarga
  • Menyelaras kes-kes yang diterima bersama agensi-agensi berkenaan seperti Polis, Hospital, Mahkamah dan Bahagian Khidmat Keluarga mengikut keperluan kes
  • Memberikan bimbingan dan nasihat
  • Membuat pemantauan / seliaan
  • Memberikan tempat perlindungan kepada mangsa, jika perlu
Disamping itu:
  • Menyediakan maklumat hal ehwal wanita dalam / luar negeri samada diperingkat nasional atau antarabangsa seperti CEDAW dan yang berkaitan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PPB), Commonwealth, ASEAN dan lain-lain
  • Memantau perkembangan dan aktiviti yang dijalankan oleh persatuan-persatuan wanita yang bernaung di bawah Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam dan persatuan lainnya
  • Menyediakan perangkaan mengenai hal ehwal wanita
  • Membuat penyelidikan / kajian wanita dalam pembangunan


Unit Kanak-Kanak


Perkhidmatan di unit ini bertujuan untuk mencegah dan mengurangkan kesan masalah social ke atas kanak-kanak serta menentukan penjagaan, perlindungan dan pendidikan yang baik bagi mereka. Perkhidmatan ini meliputi:-

  • Permohonan untuk mengasuh Anak Laqid (Anak Pungut).
  • Penyediakan laporan mengenai dengan Convention on the Rights of Child (CRC).
  • Penderaan, pengabaian, penjagaan dan sebagainya yang berkaitan dengan kanak-kanak.
  • Anak Yatim.
  • Menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan kanak-kanak.


Kumpulan sasaran

Kanak-Kanak;

  • Dibawah Umur 18 tahun yang memerlukan perlindungan dan pemeliharaan.
  • Kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan atau bantuan untuk mengekalkan kedudukan mereka dalam keluarga sendiri atau keluarga angkat.