Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksTalian Kebajikan 141

Perasmian

Talian Kebajikan 141 telahpun dirasmi oleh Pengarah Pembangunan Masyarakat iaitu Yang Mulia Datin Hajah Adina bte Othman pada 31 Julai 2006 bersempena dengan Sambutan Hari Pelanggan JAPEM 2006.

Matlamat

Penyediaan talian 'Helpline Kebajikan 141' oleh JAPEM adalah untuk memberikan ruang perkhidmatan yang lebih baik dan efisen serta bantuan kepada klien-klien yang bermasalah khususnya dalam kes-kes penderaan, pengabaian, perlindungan, eksploitasi, khidmat nasihat, masalah-masalah keluarga dan sebagainya supaya akan dapat diambil perhatian dan tindakan mengikut keutamaan kes-kes berkenaan.

Waktu Perkhidmatan

Talian 'Kebajikan 141' beroperasi 24 jam.