|
|
.:
Terms Of Use
:.

Sila baca dan fahamkan Terma dan Syarat
berikut yang akan merangkumi capaian awda ke laman web www.japem.gov.bn (selepas
ini dirujuk sebagai "laman web ini") dan penggunaan perkhidmatan yang
terkandung di dalamnya.
Awda adalah terikat dengan
terma-terma dan syarat-syarat berikut sekiranya awda akses laman web ini dan
Perkhidmatan dan sekiranya awda tidak bersetuju dengan terma-terma dan
syarat-syarat ini awda hendaklah menghentikan akses dan Perkhidmatan ini
dengan SEGERA.
PERATURAN PENGGUNAAN
Awda seterusnya bersetuju untuk
TIDAK menggunakan laman web ini, isi kandungan dan juga perkhidmatan yang
terkandung di dalamnya untuk tujuan yang mungkin menyalahi hak-hak atau
menyekat kepenggunaan dan kebaikan laman web, isi kandungan dan perkhidmatan
dengan menggunakan pihak ketiga, dan ini merangkumi:
-
Pengendalian atau bahan
yang menyalahi undang-undang, menghina, mengandungi unsur-unsur lucah,
kurang sopan, menjatuhkan maruah, pemberontakan, penyalahgunaan atau
kebencian, pemalsuan, perkauman atau yang boleh menganggu sesuatu kaum,
memberian tekanan atau menyebabkan perasaan tidak senang atau menggugat
privasi sesuatu individu, mengandungi ancaman haram atau emel palsu,
menggalakkan perbuatan yang boleh membawa kepada perlakuan jenayah,
membahayakan pihak awam atau menyalahi mana-mana peraturan atau
undang-undang negara atau antarabangsa; penggunaan bahan yang mana
mungkin menyalahi hak penulisan, hakmilik, atau sebarang hak kekayaan
intektual;
-
Penggunaan data atau akses
tanpa kebenaran sah, sistem atau rangkaian sistem termasuk sebarang
percubaan untuk membuktikan, mengimbas atau menguji keutuhan sistem atau
rangkaian sistem tersebut;
-
Menggunakan atau
menyertakan sebarang virus, ‘Trojan horses’, ‘time bombs’, ‘worms’,
‘cancelbots’ atau sebarang aplikasi seumpamanya yang boleh merosakkan,
mengganggu, memotong, mengambil-alih sebarang sistem; atau menggugat
servis kepada sebarang pengguna, ‘host’ or rangkaian sistem termasuk dan
tidak terhad kepada ‘mailbombing’, ‘flooding’, ‘broadcast attacks
database’ atau meletakkan sebarang beban tambahan atau tidak perlu ke
atas sistem EPF;
-
Mempergunakan sebarang
pengesahan laluan atau keselamatan pengguna sebarang ‘host’, rangkaian
sistem atau akaun (pencerobohan atau penggodaman atau percubaaan untuk
menceroboh atau menggodam); dan
-
Menjual semula atau
menyediakan laman web, isikandungannya dan perkhidmatan atau sebahagian
darinya kepada individu atau entiti untuk keuntungan atau sebaliknya.
-
JAPEM berhak sepenuhnya
memadam atau mengubah laman web ini, Isikandungan dan semua Perkhidmatan
terkandung di dalamnya dan mengeluarkan atau tidak menerima sebarang
perkara yang menyalahi Tatacara Penggunaan.
TERMA DAN SYARAT AM
Tanpa menyentuh dan menjejaskan
tafsiran umum fasal dalam terma-terma dan syarat-syarat ini, awda bersetuju
secara nyata bahawa awda akan menanggung risiko dalam menggunakan
Perkhidmatan ini dan akan menerima tanpa syarat semua risiko yang timbul
termasuk secara tidak sengaja akibat daripada penggunaan Perkhidmatan ini.
Sekiranya berlaku percanggahan
antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu tentang terma-terma dan
syarat-syarat ini, apa-apa maklumat yang terdapat dalam mana-mana risalah
berkenaan perkhidmatan ini, versi Bahasa Inggeris akan dirujuk.
|