.: Terms Of Use :.

Sila baca dan fahamkan Terma dan Syarat berikut yang akan merangkumi capaian awda ke laman web www.japem.gov.bn (selepas ini dirujuk sebagai "laman web ini") dan penggunaan perkhidmatan yang terkandung di dalamnya.
 

Awda adalah terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat berikut sekiranya awda akses laman web ini dan Perkhidmatan dan sekiranya awda tidak bersetuju dengan terma-terma dan syarat-syarat ini awda hendaklah menghentikan akses dan Perkhidmatan ini dengan SEGERA.

PERATURAN PENGGUNAAN

Awda seterusnya bersetuju untuk TIDAK menggunakan laman web ini, isi kandungan dan juga perkhidmatan yang terkandung di dalamnya untuk tujuan yang mungkin menyalahi hak-hak atau menyekat kepenggunaan dan kebaikan laman web, isi kandungan dan perkhidmatan dengan menggunakan pihak ketiga, dan ini merangkumi:

  1. Pengendalian atau bahan yang menyalahi undang-undang, menghina, mengandungi unsur-unsur lucah, kurang sopan, menjatuhkan maruah, pemberontakan, penyalahgunaan atau kebencian, pemalsuan, perkauman atau yang boleh menganggu sesuatu kaum, memberian tekanan atau menyebabkan perasaan tidak senang atau menggugat privasi sesuatu individu, mengandungi ancaman haram atau emel palsu, menggalakkan perbuatan yang boleh membawa kepada perlakuan jenayah, membahayakan pihak awam atau menyalahi mana-mana peraturan atau undang-undang negara atau antarabangsa; penggunaan bahan yang mana mungkin menyalahi hak penulisan, hakmilik, atau sebarang hak kekayaan intektual;

  2. Penggunaan data atau akses tanpa kebenaran sah, sistem atau rangkaian sistem termasuk sebarang percubaan untuk membuktikan, mengimbas atau menguji keutuhan sistem atau rangkaian sistem tersebut;

  3. Menggunakan atau menyertakan sebarang virus, ‘Trojan horses’, ‘time bombs’, ‘worms’, ‘cancelbots’ atau sebarang aplikasi seumpamanya yang boleh merosakkan, mengganggu, memotong, mengambil-alih sebarang sistem; atau menggugat servis kepada sebarang pengguna, ‘host’ or rangkaian sistem termasuk dan tidak terhad kepada ‘mailbombing’, ‘flooding’, ‘broadcast attacks database’ atau meletakkan sebarang beban tambahan atau tidak perlu ke atas sistem EPF;

  4. Mempergunakan sebarang pengesahan laluan atau keselamatan pengguna sebarang ‘host’, rangkaian sistem atau akaun (pencerobohan atau penggodaman atau percubaaan untuk menceroboh atau menggodam); dan

  5. Menjual semula atau menyediakan laman web, isikandungannya dan perkhidmatan atau sebahagian darinya kepada individu atau entiti untuk keuntungan atau sebaliknya.

  6. JAPEM berhak sepenuhnya memadam atau mengubah laman web ini, Isikandungan dan semua Perkhidmatan terkandung di dalamnya dan mengeluarkan atau tidak menerima sebarang perkara yang menyalahi Tatacara Penggunaan.

 

TERMA DAN SYARAT AM

Tanpa menyentuh dan menjejaskan tafsiran umum fasal dalam terma-terma dan syarat-syarat ini, awda bersetuju secara nyata bahawa awda akan menanggung risiko dalam menggunakan Perkhidmatan ini dan akan menerima tanpa syarat semua risiko yang timbul termasuk secara tidak sengaja akibat daripada penggunaan Perkhidmatan ini.

Sekiranya berlaku percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu tentang terma-terma dan syarat-syarat ini, apa-apa maklumat yang terdapat dalam mana-mana risalah berkenaan perkhidmatan ini, versi Bahasa Inggeris akan dirujuk.