Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | Mengenai Kami | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 

.: Tip dan Panduan | Tip Bagi Menghadapi Kes Peminta-Minta Yang Tidak  Bertanggungjawab :.

 

Sejak kebelakangan ini, Jabatan Pembangunan Masyarakat sering menerima aduan daripada orang ramai mengenai dengan kehadiran 'peminta-minta' ke rumah-rumah atau di tempat-tempat awam seperti kompleks membeli belah atau seumpamanya untuk menagih simpati daripada tuan rumah atau orang ramai dengan harapan tuan rumah atau orang ramai akan menghulurkan kewangan kepada 'peminta-minta' ini.

  • Aktiviti 'meminta-minta' ini menimbulkan implikasi negatif seperti berikut:-

    • Menimbulkan imej yang kurang baik kepada negara terutama sekali jika aktiviti tersebut dibuat secara terbuka di tempat-tempat awam dan dilakukan oleh mereka yang masih sihat dan boleh berusaha bagi menyara kehidupan mereka seharian.

    • Menggalakkan tabiat 'malas' bekerja dan tidak mahu berusaha.

    • Tidak bertanggungjawab.

    • Menanamkan sikap negatif kepada anak-anak (peminta-peminta ini sering membawa kanak-kanak bagi mendapatkan simpati).

    • Menggalakkan masyarakat untuk sentiasa bergantung kepada ehsan dan bantuan orang ramai.

    Oleh itu janganlah mudah terpedaya atau puah hati apabila biskita dihampiri oleh peminta-peminta yang tidak bertanggungjawab ini

  • Taktik yang digunakan oleh peminta-peminta:-

    • Mereka sering membawa anak damit atau kanak-kanak kurang upaya bagi menagih simpati.

    • Meminta wang secara tunai.

    • Memberikan alasan-alasan seperti membeli susu anak, anak atau salah seorang ahli keluarga sakit, anak sedang memerlukan rawatan perubatan, kereta rosak, ditimpa kemalangan dan sebagainya.

    • Mereka meminta wang dengan meletakkan jumlah yang mereka kehendaki.

    • Dengan membawa barang-barang yang tidak berfaedah, kononnya untuk dijual.

  • Kebiasaannya mangsa atau mereka yang didekati akan merasa:-

    • Serba salah.

    • Simpati.

    • Kasihan.

    • Ragu-ragu.

    • Tidak dapat menolak.

    • Timbul berbagai-bagai persoalan.

  • Apa yang patut biskita buat?

  • Beranikan diri untuk mendapatkan keterangan berikut dari si peminta:-

    • Kad pengenalan atau seumpamanya.

    • Jika ia mengadu memerlukan wang untuk membeli beras, susu, minyak kereta atau seumpamanya, adalah bersesuaian biskita menghulurkan barang-barang yang diperlukan sahaja.

    • Beri kata-kata nasihat agar ia lebih bersikap positif.

    • Jika 'peminta' berkenaan tergolong daripada mereka yang benar-benar susah, nasihatkan supaya mengadu ke:-

    Jabatan Pembangunan Masyarakat
    kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
    Simpang 336, Jalan Kebangsaan BC4415
    Negara Brunei Darussalam.