| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini :

  Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
  Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2004

 
29 April 2004

Peserta Sekapor Sirih bergambar ramai bersama dengan Tetamu Kehormat selepas penyampaian sijil-sijil

Majlis Penutup Kursus Sekapor Sirih, JAPEM anjuran Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD) telah dilangsungkan di Pusat Logistik OBBD, Batang Duri Temburong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada petang itu, Timbalan Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Mordiah bte Haji Jackia. Beberapa orang pegawai Kanan JAPEM, OBBD dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Dayang Hajah Sarinah bte Haji Umar juga turut menghadiri majlis tersebut.

Seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JAPEM dari bahagian III hingga V telah menamatkan kursus selama 3 hari.

Sijil-sijil tamat kursus telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat kepada para peserta. 

Sepanjang tiga hari para peserta telah melakukan kegiatan yang bersesuaian, berkesan dan berkualiti disamping menghadapi cabaran minda dan fisikal dalam suasana yang baru dan asing. Setiap kegiatan yang mereka lakukan memberi peluang pembelajaran kepada mereka untuk membuat penilaian, keputusan, tindakan secara berpasukan.

Sebelum ini JAPEM telah menghantar seramai 26 orang peserta untuk mengikuti Kursus Ketahanan Jati Diri selama 6 hari ditempat yang sama pada 4 - 9 April 2003.
28 April 2004
Datin Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin, Pengarah JAPEM dan Awang Mohd Husaini bin Abdullah, Pemangku Penolong Pengarah 1, telah menghadiri mesyuarat 'Eas Asias Ministerial Forum on Families' di Hanoi, Vietnam pada 28 hingga 30 April 2004.
26 April 2004

YTM Pg Anak Hamidah berkenan menyampaikan cenderamata kepada anak-anak yatim

Kira-kira 200 orang anak-anak yatim yang berdaftar dengan JAPEM telah diraikan di satu Majlis Sempena Puja Usia Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Hamidah Jamalul Bulqiah bte Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Hj Jefri Bolkiah. Majlis tersebut telah diadakan di Field No. 3 Jerudong Park.

Diakhir majlis tersebut Yang Teramat Mulia telah berkenan menyampaikan cenderamata kepada anak-anak yatim yang diraikan.

Juga hadir bersama-sama dengan anak-anak yatim tersebut ialah Timbalan Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Mordiah bte Haji Jackia dan beberapa orang pegawai kanan JAPEM.
22 April 2004

Wakil pelajar Kelas Bimbangan Kanak-Kanak Cacat menyampaikan Sijil Ucapan Tahniah kepada Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Awang Goh King Chin

Seramai 5 orang pelajar dari Kelas Bimbangan Kanak-Kanak Cacat Daerah Brunei Muara telah mewakili rakan-rakan mereka dari Pusat Bahagia Eric Goh, Kuala Belait bagi mengucapkan ucapan tahniah sempena pengurniaan gelaran Pehin Menteri kepada Awang Goh King Chin.

Awang Goh King Chin telah disampiri gelaran Pehin Menteri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan pada 21 April 2004 menjadi Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja.

Yang Dimuliakan Pehin Awang Goh King Chin telah banyak memberikan sumbangan peribadi kepada JAPEM untuk sama-sama membangun dan meringankan beban penderitaan masyarakat di negara ini.

Juga hadir dikediaman Yang Dimuliakan Pehin di Kampong Jangsak ialah Datin Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin, Pengarah JAPEM dan beberapa orang pegawai kanan JAPEM.
14 April 2004

Sebahagian Pegawai dan Kakitangan JAPEM yang menghadiri sesi ceramah motivasi yang diadakan di Dewan Citrabudaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Seramai 60 orang pegawai dan kakitangan JAPEM menghadiri sesi forum motivasi mengenai dengan Visi dan Misi JAPEM yang telah diadakan di Dewan Citrabudaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Penceramah pada pagi itu ialah Yang Mulia Datin Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin, Pengarah JAPEM.

Ceramah tersebut adalah bertujuan untuk memberigakan visi dan misi disamping matlamat Jabatan dikalangan para pegawai dan kakitangan JAPEM. Juga disentuh dalam ceramah tersebut ialah akta-akta yang berkaitan dengan bidang tugas JAPEM.

Terdahulu sebelum sesi ceramah bermula satu tayangan ‘Slide Ristaan 2003’ dipra tontonkan untuk mengimbas kembali kegiatan dan aktiviti yang berlaku sepanjang tahun 2003.
06 April 2004

Sebahagian pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Bohor, Alor Setar, Kedah Malaysia yang telah diraikan di Majlis Makan Malam

Seramai 11 orang pelajar beserta 7 orang guru dari Sekolah Kebangsaan Bohor, Alor Setar, Kedah Malaysia telah diraikan di Majlis Makan Malam yang diadakan Restauran Millennium (Supa Save Gadong) dalam rangka lawatan mereka ke negara ini selama 4 hari.

Rombongan tersebut diketuai oleh Cikgu Rashidah bte Hj Abdul Rahim. Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Datin Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin, Pengarah JAPEM. Juga hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan JAPEM.

Turut meraikan kehadiran pelajar-pelajar tersebut pada malam tadi ialah para penghuni Rumah Kebajikan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

Sekolah Kebangsaan Bohor, Alor Setar, Kedah terletak dipinggir Bandar Alor Setar. Dimana Pelajar-pelajar di sekolah tersebut adalah dibawah Program Skim Permakanan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn