| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini :

  Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
  Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2004

 
28 Disember 2004

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan cenderamata kepada 'Saudara Baru'

Majlis Pengislaman salah seorang Penghuni Rumah Rumah-Rumah Kebajikan telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan, Kampong Pulaie dihadapan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengarah JAPEM Datin Hajah Adina bte Othman, Pegawai-pegawai dan kakitangan JAPEM.
27 Disember 2004

Pengerusi Jawatankuasa Penempatan Tabung-Tabung di Bangunan Bank-Bank, Gedung-Gedung Perniagaan dan Bangunan-Bangunan Awam menyampaikan sumbangan derma kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Sejumlah $ 41,000.00 telah disumbangkan ke Tabung Insaniah Mangsa Gempa Bumi Iran oleh Pengerusi Persatuan Bank-Bank Negara Brunei Darussalam selaku Pengerusi Jawatankuasa Penempatan Tabung-Tabung di Bangunan Bank-Bank, Gedung-Gedung Perniagaan dan Bangunan-Bangunan Awam di Negara Brunei Darussalam kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi pihak Tabung Insaniah Mangsa Gempa Bumi Iran.

Sehingga hari ini Tabung tersebut telah mengumpulkan wang derma keseluruhannya berjumlah $ 350,077.33 Ringgit Brunei. Derma adalah sumbangan dan kutipan amal daripada 64 penderma, terdiri daripada kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan dan syarikat swasta, persatuan-persatuan dan orang-orang perseorangan di negara ini yang begitu peka dan simpati terhadap penderitaan dan kesengsaraan hidup rakyat Iran yang ditimpa gempa bumi.
16 Disember 2004
Yang Mulia Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM dan Awang Mohd Hussaini bin Abdullah, Penolong Pengarah telah menghadiri 'The 3rd Asean Ministers Meeting on Social Welfare and Development (The 5th AMMSWD) and The 1st Asean + 3 Ministers Meeting in Social Welfare and Development (The 1st Asean + 3 WMSWD).
14 Disember 2004
Dayang Siti Hazizah bte Saleh, Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri 'The Preparotory Commitee Meeting for the 7th East Asia and Pacific Ministerial Consultation Children' di Bangkok, Thailand pada 14 hingga 16 Disember 2004.
07 Disember 2004

Persembahan Quintet Polis Diraja Brunei menyerikan majlis tersebut

Salam Mesra Aidilfitri Bersama Penghuni Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan telah diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan, Kg Pulaie.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada petang tersebut Datin Hajah Adina bte Othman, Pemangku Pengarah JAPEM. Juga hadir pegawai-pegawai kanan JAPEM, pegawai-pegawai kanan daripada beberapa agensi kerajaan dan ibubapa serta penjaga penghuni.

Disamping beberapa persembahan daripada penghuni dan kakitangan KRRK majlis juga diserikan dengan persembahan Quintet Polis Diraja Brunei.
04 Disember 2004

Sebahagian Warga Istimewa yang diraikan

Majlis Sambutan Hari Raya Pusat Bahagia Eric Goh, JAPEM telah dihadiri oleh lebih 50 orang warga istimewa di pusat tersebut.

Hadir selaku tetamu kehormat Pemangku Pengarah JAPEM, Datin Hajah Adina bte Othman.

Sumbangan derma 'Sampul Hijau' telah disampaikan kepada warga istimewa oleh Jake Goh, Pengarah Umum Syarikat Goh Hock Kee Motors Sdn Bhd.

Dimajlis tersebut juga Tetamu Kehormat menyaksikan pameran hasil kerja tangan murid-murid dan pelatih pusat tersebut.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn