| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini :

  Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
  Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2004

 
18 Februari 2004

Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah menyertai Pameran Pembangunan Negara dan Pameran Kepimpinan Raja yang telah berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Pameran tersebut telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam adalah bersempena dengan Sambutan Ulangtahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 20.

5 Februari 2004

Seramai kira-kira 40 orang peserta dari JAPEM, Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kesihatan dan Pasukan Polis Diraja Brunei telah menerima sijil-sijil mereka setelah menamatkan Bengkel Kaunseling Pengenalan Keluarga dari Tetamu Kehormat Dayang Hajah Mordiah bte Haji Jackia.
4 Februari 2004

Bengkel Pengenalan Kaunseling Keluarga telah dirasmikan oleh Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Mordiah bte Haji Jackia. Bengkel yang berlangsung selama dua ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Attaqwa, Tingkat 3 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Bengkel ini ditaja bersama oleh pihak Commonwealth Fund for Technical Cooperation dan juga pihak kerajaan. Seramai kira-kira 40 orang peserta dari JAPEM, Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kesihatan dan Pasukan Polis Diraja Brunei menyertai bengkel ini.

Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman kakitangan dan pegawai di Jabatan ini mengenai dengan kaunseling keluarga, iaitu sebagai salah satu usaha Jabatan ini untuk meningkatkan perkhidmatan kaunseling kepada orang ramai terutama sekali kepada keluarga yang bermasalah

Selaras dengan salah satu matlamat strategi jabatan ini iatu untuk meningkatkan ruang lingkup perkhidmatan kaunseling kepada 30% dalam tempoh lima tahun ini.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh seorang penceramah dari Prestige Consultant Malaysia, Mejar Kamarul Azman bin Jamaluddin Al-Haj.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn