| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini :

  Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
  Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2004

 
29 Januari 2004
Seramai sembilan orang pegawai dan kakitangan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah dikurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam ke 57 tahun.

Dua orang pegawai dan kakitangan JAPEM menerima Pingat Jasa Kebakitan (PJK). Mereka ialah Pengiran Haji Merali bin Pengiran Haji Bustaman dan Dayang Hajah Asiah bte BPK Dato Paduka Haji Awang Siraj.

Dua orang pegawai dan kakitangan JAPEM menerima Pingat Indah Kerja Baik (PIKB). Mereka ialah Haji Berudin bin Haji Singgil dan Dayang Hajah Zainab bte Haji Hussaini.

Seramai 5 orang pegawai dan kakitangan JAPEM menerima Pingat Kerja Lama (PKL). Mereka terdiri daripada Awang Haji Saidin bin Haji Abas, Pengiran Suhaimi bin Pengiran Haji Zunaidi, Awang Haji Zaine bin Haji Tarih, Dayang Noriah bte Metali dan Awang Yahkob bin Haji Omar.

Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan tersebut berlangsung di Dewan Persantapan Lapau, Bandar Seri Begawan.
29 Januari 2004
Dayang Hajah Mordiah bte Haji Jackia, Timbalan Pengarah JAPEM dan Awang Mohd Husaini bin Abdullah, Pmk. Penolong Pengarah JAPEM telah menghadiri mesyuarat 'MCDS-STCS Experts Series on "THE BEST INTERESTS OF THE CHILD-THE SINGAPORE CHILD" di Singapore.
24 Januari 2004

Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Mordiah bte Haji Jackia meneruskan lawtan kerjanya Ke Kelas Bimbingan Kanak-Kanak Cacat, Tutong di Rumah Kerajaan No. 373 Simpang 172 Jalan Sungai Basong Bukit Bendera hari ini.

Disini beliau dan rombongan telah meninjau ke beberapa buah kelas dan menyaksikan hasil kerja tangan pelatih-pelatih.

Kelas Bimbingan Kanak-Kanak Cacat ini telah diresmikan pada 10 April 1990 dan ketika ini mempunyai seramai 48 orang pelatih dengan 6 orang tenaga pengajar. Seramai 7 orang pelatih dari Kelas Bimbingan Kanak-Kanak Cacat ini sedang menjalani latihan industri di jabatan kerajaan dan syarikat swasta di daerah ini.

Pemangku Pengarah juga meneruskan lawatan kerjanya ke cawangan JAPEM di daerah ini. Beliau juga meninjau ke bahagian-bahagian yang ada disini disimpang mendengar permasalahan yang dihadapi oleh pegawai dan kakitangan ketika menjalankan tugas seharian. 
20 Januari 2004

Satu lawatan kerja oleh Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Mordiah bte Haji Jackia Ke Pusat Bahagia Eric Goh di Jalan Pandan Lima diadakan hari ini.

Lawatan tersebut merupakan salah satu siri lawatan kerja beliau selama sehari ke daerah ini.

Selepas mengadakan lawatan ke Pusat ini beliau meneruskan lawatan kerja ke cawangan JAPEM di Daerah ini. Pemangku Pengarah akan meneruskan rangka lawatan kerja ini ke Daerah Tutong dan Temburong dalam masa yang akan datang.
11 Januari 2004

Walkaton bagi mengutip derma Tabung Bantuan Kemanusiaan Rakyat Iraq telah diadakan di Kawasan Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Seramai 50 orang pegawai dan kakitangan JAPEM telah dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Kutipan Sempena Walkaton tersebut. Sebanyak 20 buah tabung telah disediakan untuk memudahkan orang ramai yang menyertai walkaton sama-sama menyumbangkan derma seangkat-seangkat hati bagi meringankan beban penderitaan rakyat Iraq. 

Walkaton pada pagi ini telah berjaya mengutip sumbangan derma lebih $ 7, 000.00.
08 Januari 2004

Majlis Doa Kesyukuran Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang menyertai The 2nd ASEAN Para Games, Hanoi, Vietnam telah diadakan di Dewan Digadong Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya DiGadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Hj Awang Hussain bin Pehin Orang Kaya DiGadong Seri Diraja Dato Laila Utama Hj Awang Mohd Yusof. 

Juga hadir Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Haji Jemat bin Haji Ampal dan Pemangku Pengarah JAPEM merangkap Chef De Mission, Dayang Hajah Mordiah Haji Jackia.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan serta para atlit Sukan Para ASEAN kali Kedua.

Majlis diselajurkan dengan sumbangan daripada Tabung Orang-Orang Cacat berjumlah $11,400 dan penyerahan sijil Sukan Para ASEAN kepada para atlit istimewa yang mengharumkan nama negara dalam sukan tersebut.
03 Januari 2004

Majlis membaca doa selamat bagi Jemaah Haji JAPEM telah diadakan di Ruang Legar Bahagian Pencen-Pencen Jabatan Pembangunan Masyarakat,  Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Seramai empat orang pegawai dan kakitangan JAPEM akan menunaikan fardu haji bagi musim haji 1424H/2004M. 

Tetamu kehormat pada petang itu ialah Yang Mulia Pengarah JAPEM, Datin Hjh Zaliha bte Hj Mohiddin.
03 Januari 2004

Majlis Penyerahan Derma Tabung Bantuan Kemanusiaan Rakyat Iraq telah diadakan di Bilik Mesyuarat Attaqwa Tkt 3 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. 

Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, Kementerian Kesihatan telah menyumbangkan derma sejumlah $ 8,000.00 yang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan, Kementerian Kesihatan, Dr. Hj Affendy bin Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Sejumlah $ 5, 384.00 diterima daripada Jawatankuasa Takmir / Muslimah Masjid Kg. Bunut dengan kerjasama Majlis-Majlis Perundingan Kg. Bunut Perpindahan, Kg Tasek Meradun-Bunut dan Kg Madewa.

Kesemua derma tersebut telah diterima oleh Setiausaha Tetap,Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Yang Mulia, Awang Haji Jemat bin Haji Ampal.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn