| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini :

  Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
  Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2004

 
29 Julai 2004

Tetamu Kehormat dan jemputan khas di Majlis Pelancaran Program Membina Keupayaan Klien JAPEM

Pelancaran Program Membina Keupayaan Klien JAPEM telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Haji Awg Hussain, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.

Beberapa orang klien JAPEM yang berkelayakan telah menerima sumbangan dari pihak kerajaan.

Dua orang penerima Bantuan Kebajikan Bulanan,  diundang untuk menyampaikan sedikit pengalaman mendidik anak-anak mereka hingga berjaya.

Majlis diserikan dengan dengan persembahan mendeklimasi puisi dan nyanyian dari gabungan warga JAPEM, Penghuni Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan dan Murid-murid Pusat Bahagia

Diakhir majlis tersebut Tetamu Kehormat dibawa menyaksikan pameran buah-buahan dan kerja tangan daripada klien JAPEM.
25 Julai 2004

Persembahan lawak jenaka dari kumpulan Bakulan menyerikan Malam Kebudayaan JAPEM

Malam Kebudayaan JAPEM bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam ke 58 tahun telah diadakan di Pentas Perayaan Taman Jublie Perak.

Beberapa persembahan nyanyian, lawak jenaka dari warga JAPEM menyerikan Malam Kebudayaan tersebut. Disamping persembahan berdondang dari persatuan dondang Kg Tamoi.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada malam tersebut ialah Pengarah JAPEM, Datin Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin.
13 Julai 2004

Yang Amat Berbahagia Datin Sri Rosmah Mansor ketika menyaksikan pameran

Pusat Bahagia, Jabatan Pembangunan Masyarakat pagi ini menerima lawatan Isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berbahagia Datin Sri Rosmah Mansor dan rombongan.

Ketibaan Yang Amat Berbahagia Datin Sri Rosmah Mansor dialu-alukan oleh Pengarah JAPEM, Datin Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin.

Sebelum memulakan lawatan Yang Amat Berbahagia mendengar taklimat ringkas oleh Pemangku Timbalan Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Misnah Bte Haji Bolhassan.

YAB juga beramah mesra bersama dengan pelatih dan murid Pusat Bahagia di beberapa buah kelas Pusat Latihan Pekerjaan Orang-Orang Cacat.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn