| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini :

  Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
  Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2004

 
15 Jun 2004

Sebahagian daripada peserta rombongan yang bertolak ke Sabah, Malaysia

Seramai 40 orang pelatih dan murid serta kakitangan Pusat Bahagia, JAPEM bertolak ke Sabah, Malaysia untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Institusi Kebajikan di sana selama 6 hari.

Lawatan tersebut adalah merupakan projek tahunan dan juga sebagai kesimbungan lawatan-lawatan yang terdahulu. 

Antara lain tujuan lawatan tersebut ialah untuk mengeratkan silaturahim dikalangan dua buah institusi dan mempelajari atau berkongsi pengalaman dalam pemberian latihan untuk orang-orang kurang upaya.

Rombongan tersebut dijangka akan membuat kunjungan muhibah dengan Ketua Unit Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah dan melawat ke beberapa buah institusi kebajikan di sana.

Hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada rombongan ini ialah Pemangku Penolong Pengarah II, Haji Afero Eswandy Haji Mohamad.
12 Jun 2004

Yang Mulia Datin Pengarah menyampaikan hadiah kepada Johan Pertandingan

Kumpulan Al-Amerah dari Darussakinah 2 telah menjadi johan dalam Pertandingan Dikir Syarafil Anam antara Penghuni-Penghuni Komplek Rumah-Rumah Kebajikan.

Ditempat kedua ialah kumpulan Rabiatul Adawiah dari Taman Noorhidayah 1 dan kumpulan As Solehah menduduki ditempat ketiga.

Sebanyak 11 buah pasukan menyertai pertandingan Dikir kali ini.

Majlis pada pagi itu juga diselajurkan dengan penyampaian hadiah kepada para penghuni yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Datin Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin, Pengarah JAPEM. Juga hadir pegawai-pegawai kanan dan para ibubapa dan penjaga penghuni Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan.

Majlis diserikan lagi persembahan Dikir Marhaban oleh pegawai dan kakitangan Rumah-Rumah Kebajikan.
10 Jun 2004
Dayang Hajah Misnah bte Haji Bolhassan, Pemangku Timbalan Pengarah, telah menghadiri seminar "On Poverty Reduction: Experience of Vietnam and Other Countries" anjuran Asia Cooperation Dialogue yang telah diadakan di Hanoi, Vietnam bermula pada 10 hingga 11 Jun 2004.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn