| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini :

  Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
  Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2004

 
31 Mac 2004

Dua orang pelatih Pusat Bahagia Daerah Brunei Muara dan Pusat Bahagia Daerah Tutong, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) hari ini berlepas ke Kuala Lumpur Malaysia untuk mengikuti kursus teknologi maklumat komunikasi (ICT) selama setahun tajaan Hongkong & Shanghai Bank Corporation (HSBC).

Mohd Shamirol bin Shahbudin, pelatih Pusat Bahagia Daerah Brunei Muara dan  Dayang Wartina bte Haji Wasli, pelatih Pusat Bahagia Dearah Tutong. Mereka ini adalah pelatih-pelatih cacat pendengaran yang akan mengikuti kursus berkenaan di salah sebuah Institusi Pekak Malaysia.

Pengurus Perhubungan dan Hal Ehwal Awam Kerajaan yang merupakan wakil HSBC, Awang Haji Abdul Aziz Kassim menjelaskan tujuan HSBC menaja pelajar berkenaan adalah untuk memberi bantuan kepada masyarakat yang memerlukan di samping merupakan salah satu projek tahunan bank berkenaan.


Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakasa bagi mengucapkan selamat jalan kepada pelajar ialah Pengarah JAPEM, Datin Hajah Zaliha Haji Mohiddin, Timbalan Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Mordiah Haji Jackia, Pengurus Perhubungan dan Hal Ehwal Awam Kerajaan HSBC, Awang Haji Abdul Aziz Kassim, Pegawai-pegawai Kanan JAPEM dan keluarga serta sahabat handai kedua-dua pelajar itu
23 Mac 2004  

Satu ceramah motivasi yang bertajuk “Kearah Pendidikan Yang Sempurna” kepada penerima Bantuan Kebajikan Bulanan telah diadakan di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Haji Mustapa bin Haji Masri Pemangku Ketua Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Bakat Kerja, Jabatan Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Datin Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin Pengarah JAPEM. Juga hadir Dayang Hajah Mordiah bte Haji Jackia Timbalan Pengarah selaku Pengerusi Majlis dan pegawai-pegawai kanan JAPEM.

Dua orang penerima Bantuan Kebajikan Bulanan, Dayang Normah bte Timbang dan Arba’iyah bte Hj Taib (Isteri Awang Yusof bin Morsidi) diundang untuk menyampaikan sedikit pengalaman mendidik anak-anak mereka hingga berjaya kepada para hadirin.
15 Mac 2004

Majlis Pelancaran Tabung Insaniah Mangsa Gempa Bumi Iran telah disempurnakan bersama oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Haji Awang Hussain bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Mohd Yusof, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama (Dr.) Ustaz Haji Awang Mohd Zain bin Haji Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Tabung Insaniah Mangsa Gempa Bumi Iran.

Majlis tersebut diadakan di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
13 Mac 2004
Seramai 4 orang pegawai dan kakitangan JAPEM adalah diantara penerima ‘Anugerah Cemerlang’ bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan serta jabatan-jabatan dibawahnya.

Anugerah tersebut telah disampaikan kepada Pengiran Haji Marali bin Pg Hj Bustaman, Dayang Noriah bte Haji Metali, Dayang Lim Tok Eng dan Dayang Masni bte Haji Awang Besar oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Haji Awang Hussain bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Mohd Yusof, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku tetamu kehormat majlis di Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1425 yang telah dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan.

Majlis berlangsung di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
10 Mac 2004

Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah menghulurkan derma bantuan berupa pakaian dan makanan kepada 4 keluarga mangsa kebakaran Kampong Bukit Salat. Derma tersebut telah disampaikan oleh Pengarah JAPEM, Datin Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin kepada mangsa-mangsa yang terbabit.

Majlis berlangsung di Bahagian Kebajikan Am, JAPEM di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
3 Mac 2004

Mesyuarat Pembubaran Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Bantuan Kemanusiaan Rakyat Iraq dan Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Insaniah Mangsa Gempa Bumi Iran telah diadakan di Bilik Mesyuarat Attaqwa Tkt 3 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Mulia Awang Haji Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Pengerusi Bersama  Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Bantuan Kemanusiaan Rakyat Iraq.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Haji Awang Hussain bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Mohd Yusof, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama (Dr.) Ustaz Haji Awang Mohd Zain bin Haji Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama. Juga hadir Ahli-Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Bantuan Kemanusiaan Rakyat Iraq.

Terdahulu sebelum itu Majlis Penyerahan Derma Tabung Bantuan Kemanusiaan Rakyat Iraq telah diterima oleh Yang Mulia Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan daripada Pengerusi Jawatankuasa Walkaton Bagi Mengutip Derma Tabung Bantuan Kemanusiaan Rakyat Iraq yang telah disampaikan oleh wakil Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Awang Haji Abdul Malik bin Haji Mohammad sejumlah $ 7, 404.56.

Sejumlah $ 327.00 diterima daripada Derma sumbangan daripada pihak swasta, orang ramai dan pegawai dan kakitangan Kerajaan Daerah Temburong yang telah diserahkan oleh Pegawai Daerah Temburong, Awang Haji Yusof bin Bakar.

Sumbangan seterusnya datangnya daripada Pengerusi Jawatankuasa Penempatan Tabung-Tabung di Bangunan Bank-Bank, Gedung-Gedung Perniagaan dan Bangunan Awam yang disampaikan oleh Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud selaku Pengerusi Jawatankuasa tersebut.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn