| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini :

  Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
  Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2004

 
30 Mei 2004
Datin Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin, Pengarah JAPEM dan Awang Mohd Husaini bin Abdullah, Penolong Pengarah 1, telah menghadiri mesyuarat 'Seventh Meeting of Commonwealth Ministers Responsible for Women's Affairs (7WAMM) di Nadi, Kepulauan Fiji pada 30 Mei hingga 3 Jun 2004.

Rombongan Negara Brunei Darussalam ke mesyuarat tersebut telah diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
13 Mei 2004

Para Pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Bomba ketika memberikan ceramah di Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan Rumah Kampong Pulaie

Satu sesi Ceramah Mencegah Kebakaran telah diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan Kampong Pulaie.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Awang Norzali bin Apong, Timbalan Pegawai Balai, Bahagian Perhubungan dan Pendidikan Awam, Jabatan Perkhidmatan Bomba.

Beberapa aspek keselamatan ketika menghadapi bahaya kebakaran, cara-cara menggunkan alat pemadam api, kaedah dan panduan menyelamat diri yang betul semasa kebakaran telah disentuh dalam ceramah ini.

Beberapa orang pegawai kanan JAPEM dan pihak pentadbiran Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan Kampong Pulaie turut menghadiri sesi ceramah ini.

Juga hadir mendengar ceramah pada pagi ini ialah para penghuni Rumah-Rumah Kebajikan Kampong Pulaie.

Diakhir sesi ceramah tersebut, para penghuni juga mencuba menggunakan alat pemadam api.
12 Mei 2004

Yang Mulia Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan menerima sumbangan derma dari Yang DiPertua Persatuan Wanita Brunei Shell

Majlis Penyerahan Derma Tabung Bantuan Insaniah Mangsa Gempa Bumi Iran telah diadakan di Bilik Mesyuarat Attaqwa Tkt 3 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. 

Lions Club Bandar Seri Begawan telah menyumbangkan derma sejumlah $ 1,000.00 yang telah disampaikan oleh John Suffolk, President kelab tersebut.


Sejumlah $ 586.00 diterima daripada Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) yang telah disampaikan oleh Setiausaha Agong PGGMB, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman.

Brunei LNG Sdn Bhd juga menyumbangkan derma sejumlah $ 5,142.00 yang telah disampaikan oleh Awang Haji Mohd Said Ahmad, Pemangku Pengarah Urusan Brunei LNG.

Sumbangan seterusnya sejumlah $ 1, 000.00 diterima daripada Persatuan Wanita Brunei Shell yang telah disampaikan oleh Yang DiPertua Persatuan Wanita Brunei Shell, Datin Paduka Hajah Hayati bte Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh.

Kesemua derma tersebut telah diterima oleh Setiausaha Tetap,Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Yang Mulia, Awang Haji Jemat bin Haji Ampal.
01 Mei 2004

Peserta Kursus Membaca Doa bergambar ramai bersama dengan Penceramah 
Ustaz Awg Hj Mohd Sahri bin Hj Sulaiman dari Jabatan Hal Ehwal Masjid

Doa memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia, doa itu merupakan penghubung diantara hamba dengan Allah S.W.T sehubungan dengan itu JAPEM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid, Hal Ehwal Ugama telah menganjurkan kursus membaca doa bagi pegawai dan kakitangannya.

Seramai 12 orang pegawai dan kakitangan JAPEM lelaki telah mengikuti kursus ini selama sehari yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Attaqwa tingkat 3, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Berapa jenis doa telah diajarkan oleh Ustaz Awg Hj Mohd Sahri bin Hj Sulaiman disamping adab-adab berdoa, waktu-waktu doa dimustajabkan.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn