| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini :

  Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
  Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2004

 
29 November 2004

Suasana Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Istimewa dan Penghuni Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan

Majlis Ramah Mesra Bersama Warga istimewa dan Penghuni Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan telah diadakan di Dewan Plenary Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Majlis anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang dikelolakan oleh JAPEM telah dihadiri sama oleh Menteri KKBS, Timbalan Menteri KKBS, SUT KKBS dan Para Pegawai Kanan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Warga Istimewa, Penghuni KRRK, Pegawai dan Kakitangan KKBS dan Jabatan-Jabatan di bawahnya

Menteri KKBS dan Timbalan Menteri KKBS telah berkesudian menyampaikan Sumbangan Hari Raya kepada Warga Istimewa dan Penghuni KRRK.
29 November 2004
Yang Mulia Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM dan Dayang Rostinah bte PDP Haji Mohd Tahir telah menghadiri '3rd Meeting of the Asean Commitee on Women (ACW)' di Yango, Myammar mulai 29 November hingga 1 Disember 2004.
25 November 2004
Dayang Hajah Misnah bte Haji Bolhasan, Pemangku Timbalan Pengarah dan Awang Mohd Hussaini bin Abdullah, Penolong Pengarah telah menghadiri 'Family Regional Conference' di Singapore mulai 25 hingga 26 November 2004.
11 November 2004

Pengarah Urusan YSHHB menyerahkan sekeping cek kepada YB Menteri KKBS

Tabung Insaniah Mangsa Gempa Bumi Iran terus menerima sumbangan derma dari pelbagai pihak. Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah menyumbangkan derma yang telah disampaikan oleh YDM POKPM Dato Paduka Hj Abd Ghani, Pengarah Urusan.

Sejumlah $11,000.00 disumbangkan oleh Pegawai-Pegawai dan Kakitangan DST Group yang telah disampaikan kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan oleh Pg Hj Md Zain bin Pg Damit Pengarah Urusan.

Disamping itu Ahli-ahli Perubuhan ini juga telah bermurah hati memberikan sumbangan derma untuk Tabung Anak-Anak Yatim sejumlah $20,000.00 dan Tabung Bantuan Tajaan Kanak-Kanak Sekolah sejumlah $1,000.00.
10 November 2004
Dayang Rostinah bte PDP Haji Mohd Tahir, Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri 'Proposal for Regional Workshop on Emergency Community Services' di Hanoi, Vietnam pada 10 hingga 12 November 2004.
08 November 2004
Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa Bersama Keluarga Penghuni Kompleks Rumah Kebajikan Kampong Pulaie (KRRK) telah diadakan Dewan Serbaguna KRRK. Majlis tersebut menandakan berakhirnya bertederus sepanjang Bulan Ramadhan di KRRK.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis tersebut, Pemangku Pengarah JAPEM, Datin Hajah Adina bte Othman.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn