| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini :

  Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
  Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2004

 
30 Ogos 2004
Dayang Hajah Misnah bte Haji Bolhassan, Pemangku Timbalan Pengarah, telah menghadiri mesyuarat  'The 2nd Asean & Japan High Level Meeting on Caring Societies: Development of Human Resources and Implication of Aging Societies' di Tokyo, Jepun pada 30 hingga 2 September 2004.
26 Ogos 2004
Penutup Rasmi dan Penyampaian Sijil Program Pembinaan Jati Diri Bagi Penuntut-Penuntut Institusi Pengajian Tinggi (Ipt) Dalam Dan Luar Negeri Kali Kedua telah diadakan di Pusat Logistik Outward Bound Brunei Darussalam, Batang Duri Temburong telah disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Mohd Husaini bin Abdullah, Penolong Pengarah.
25 Ogos 2004
Dayang Hajah Siti Zarena bte Haji Ismail, Pegawai Pembangunan Masyarakat, telah menghadiri bengkel 'Asean Committee on Women, Information and Communication Technologies Workshop' di Singapura pada 25 hingga 27 Ogos 2004.
23 Ogos 2004
Dayang Hajah Nor Hasma bte Haji Hashim, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, telah menghadiri bengkel 'Training on Self-Empolyment and New Enterpreneurship Development for Women' di Bangkok, Thailang pada 23 hingga 27 Ogos 2004.
21 Ogos 2004

Yang Mulia Setiausaha Tetap Kebudayaan Belia dan Sukan menerima sumbangan derma daripada Yang Mulia Awang Haji Saji bin Mudin

Tabung Insaniah Mangsa Gempa Bumi Iran hari ini menerima sumbangan derma daripada Pengerusi  Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan (Derma adalah hasil Jualan Bazaar Tempatan bagi Tabung Insaniah Mangsa Gempa Bumi Iran yang dianjurkan Jabatan Lembaga Bandaran dan dikendalikan bersama oleh Riza Fudhlana Enterprise and Trading Co. dan Syarikat Perdana Sdn Bhd)

Sumbangan derma tersebut telah diserahkan kepada Yang Mulia Awang Haji Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap Kebudayaan Belia dan Sukan selaku Pengerusi Bersama tabung berkenaan oleh Yang Mulia Awang Haji Saji bin Mudin.
19 Ogos 2004

Sebahagian daripada Penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menyertai Program Pembinaan Jati Diri di Outward Bound Brunei Darussalam

Majlis Ramah Mesra Peserta Program Pembinaan Jati Diri Bagi Penuntut-Penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Dan Luar Negeri Kali Kedua telah disempurnakan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Misnah bte Haji Bolhassan Pemangku Timbalan Pengarah JAPEM yang telah diadakan di Dewan Citrabudaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Seramai 40 orang penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Dalam dan Luar Negeri akan menyertai program tersebut yang akan diadakan di Outward Bound Brunei Darussalam selama 3 tiga.
17 Ogos 2004
Datin Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin, Pengarah JAPEM dan Dayang Siti Hazizah bte Saleh, Pegawai Pembangunan Masyarakat, telah mengadakan lawatan kerja ke Singapura dibawah program 'Advisory Services On Management of Juvenile Delinquents in Relation to New Approaches to Rehabilition Programme' pada 17 hingga 19 Ogos 2004.
17 Ogos 2004
Seramai 6 orang pegawai dan kakitangan dari Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan dan Bahagian Pembangunan Keluarga telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kebajikan Masyarakat, Malaysia dibawah program 'Advisory Services On Management of Juvenile Delinquents in Relation to New Approaches to Rehabilition Programme' bermula dari 17 hingga 27 Ogos 2004.

Rombongan tersebut telah diketuai oleh Pegawai Kaunseling, Pg Mahdi bin Pg Hj Mohd Salleh.
16 Ogos 2004
Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah menghantar sebuah kumpulan untuk menyertai Persembahan Pengurusan Kumpulan Kerja Cemerlang Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi tahun 2004.

Majlis berlangsung di Institut Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri di Kampong Rimba.
05 Ogos 2004

Salah seorang peserta menerima sijil dari Tetamu Kehormat

Penutup Rasmi Bengkel Orintasi dan Mobiliti bagi membantu Orang-Orang Kurang Upaya Penglihatan dan Berkerusi Roda telah diadakan di Dewan Citrabudaya dan disempurnakan oleh Datin Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin, Pengarah JAPEM.

Hampir 40 orang peserta dari beberapa agensi kerajaan, swasta dan persendirian menyertai bengkel selama 2 hari.

Bengkel tersebut dihasratkan untuk memberi pengetahuan asas kepada orang ramai dalam membantu pergerakan orang-orang kurang upaya dengan cara betul.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil-sijil kepada para peserta oleh Tetamu Kehormat.
04 Ogos 2004

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan Tongkat Putih kepada salah seorang OKU penglihatan

Majlis Pelancaran Pendaftaran Orang-Orang Kurang Upaya Seluruh Negara dan Bengkel Orientasi / Mobiliti bagi Membantu Orang-Orang Kurang Upaya Penglihatan dan Berkerusi Roda telah disempurnakan oleh ang Berhormat Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Haji Awg Hussain, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.

Beberapa orang kurang upaya penglihatan dan berkerusi roda telah menerima sumbangan Tongkat Putih dan Kerusi Roda daripada Tetamu Kehormat.

Majlis pada pagi itu juga diserikan dengan demonstrasi tunjukcara membantu pengerakan Orang-Orang Kurang Upaya dengan cara betul.
02 Ogos 2004
Tabung Insaniah Mangsa Gempa Bumi Iran hari ini menerima sumbangan derma daripada Kumpulan Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Isteri Timbalan-Timbalan Menteri, Isteri Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.

Sumbangan derma tersebut telah diserahkan kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Haji Awg Hussain, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan selaku Penasihat Bersama tabung berkenaan oleh Yang Dimuliakan Seri Lela Pengiring Diraja Seri Utama Dayang Hajah Rosnah bte Abdullah.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn