| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini :

  Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
  Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2004

 
21 Oktober 2004

Sebahagian anak-anak yatim di Majlis Penyampaian Derma yang berlangsung 
Di Dewan Plenary Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas

Seramai 2022 orang anak yatim yang berumor dibawah 18 tahun dari seluruh negara menerima sumbangan derma dari Tabung Anak-Anak Yatim Negara Brunei Darussalam, Bank Islam Brunei Berhad dan Dana Pg Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah bagi Anak-Anak Yatim, yang mana sumbangan derma bagi pihak anak-anak yatim daerah Belait, Tutong dan Temburong telah diterima oleh Pegawai Daerah masing-masing.

Tetamu Kehormat di Majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Datin, yang seterusnya telah mengetuai penyampaian derma kepada anak-anak yatim seluruh negara.

Majlis tersebut adalah majlis tahunan anjuran Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang diadakan setiap tahun dalam bulan Ramadhan dan majlis ini telahpun diadakan sejak hampir 30 tahun yang lalu.
14 Oktober 2004

Tetamu Kehormat ketika Merasmikan Pelancaran Projek Titian Amal di KRRK

Majlis Pelancaran Projek Titian Amal Angkatan Tentera Perkhidmatan Bersenjata Diraja Brunei di Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan (KRRK), Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah disempurnakan oleh Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Yakub bin Abu Bakar Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Tetamu Kehormat juga meninjau kawasan projek peringkat pertama (pembersihan dan pembisaian kawasan) dan seterusnya melawat Ruang Si Manja di Darussakinah II.

Majlis pada petang itu di akhiri dengan majlis membaca Surah Yassin, Bertahlil dan membaca Doa Arwah sempena kedatangan Bulan Ramadhan 1425 yang diadakan di Dewan Serbaguna KRRK.
13 Oktober 2004

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemain pasukan Jabatan Belia dan Sukan

Jabatan Belia dan Sukan telah menjuarai Piala Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi tahun 2004. 

Pasukan tersebut telah menewaskan Pasukan Jabatan Pusat Sejarah dengan jaringan 6 - 0 diperlawanan akhir yang berlangsung di Belapan dan Padang Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Sebanyak 6 buah pasukan telah menyertai kejohanan tersebut yang bermula pada 18 September lalu yang telah dikelolakan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

Hadiah-Hadiah telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat pada malam itu, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Haji Awang Hussain, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
06 Oktober 2004

Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menerima sumbangan derma daripada Ahli-Ahli Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Brunei (WI)

Lebih 30 ribu ringgit telah disumbangkan kepada Tabung Insaniah Mangsa Gempa Bumi Iran.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menerima sumbangan derma tersebut ialah Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Dato Paduka Haji Yakub bin Abu Bakar.

Juga hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Awang Haji Jemat bin Haji Ampal dan Pengarah JAPEM, Datin Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin.

Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pendidikan telah menyumbangkan sejumlah $ 23,924.17 yang telah diserhkan oleh Haji Abdul Salam, Pengarah Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan.

Sejumlah $ 1,500.00 telah disumbangkan oleh Ahli-Ahli Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Brunei (WI) yang telah diserahkan oleh Yang Dipertua Dayang Hajah Marhani bte Haji Abd Latif.

Masyarakat Kristian, Bandar Seri Begawan telah menyumbang sejumlah $ 4, 779.46 yang telah diserahkan oleh Awang Archdeacon Solomon Patrick.

Yang Mulia Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan juga menerima sumbangan derma untuk Tabung Anak-Anak Yatim sejumlah $ 1,500.00 daripada Ahli-Ahli Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Brunei (WI).
05 Oktober 2004

Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyaksikan slip pembayaran 
Bantuan Kebajikan Bulanan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengadakan lawatan mengejut ke Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) merupakan jabatan yang mula-mula sekali Baginda lawati.

Sepanjang lawatan ini Baginda telah diiringi oleh Yang Mulia Pengarah JAPEM disamping mendengar sembah taklimat fungi dan peranan setiap bahagian di Jabatan ini.

Baginda juga berkenan menerima junjung ziarah daripada pegawai dan kakitangan JAPEM.
04 Oktober 2004
Dayang Hajah Misnah bte Haji Bolhasan, Pemangku Timbalan Pengarah JAPEM telah menghadiri '4th Meeting of The ASEAN Ministers on Rural Development and Poverty Eradication (AMRDPE)' di Singapore mulai 4 hingga 8 Oktober 2004.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn