| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini :

  Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
  Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2004

 
29 September 2004

Kanak-kanak Kurang Upaya yang menangi acara yang telah dipertandingkan

Sukan Orang Kurang Upaya adalah merupakan satu aktiviti JAPEM, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan bahagian Perkhidmatan Orang-Orang Cacat, diadakan setiap 2 tahun sekali. 

Sukan ini diungkayahkan sebagai satu cara untuk mengisi masa dan tuntutan keperluan beriadah bagi mereka yang kurang upaya di mana mereka ini akan mengambil bahagian di dalam aktiviti yang bersesuaian dengan tidak memudaratkan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di Perasmian Sukan berkenaan ialah Pemangku Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria.

Sejumlah 102 pingat emas turut dipertandingkan dalam temasya dua hari itu.
27 September 2004

Yang Mulia Timbalan Menteri  menunaikan sembahyang berjemaah Fardhu Asar

Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Dato Paduka Haji Yakub bin Awang Abu Bakar telah melakukan lawatan kali kedua ke Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan Kg Pulaie (KRRK).

Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Isteri telah sama-sama menunaikan sembahyang berjemaah Fardhu Asar bersama-sama dengan para pegawai dan kakitangan serta penghuni KRRK.

Majlis diserikan dengan ceramah agama yang telah disampaikan oleh Ustazah Hjh Rogayah bte Hj Md Taha dan ceramah kaunseling telah disampaikan oleh Pegawai Kaunseling, Pg Mahdi bin Pg Hj Mohd Salleh. 
22 September 2004
Dayang Raimah bte Mohamad, Pengajar Kanan dan Dayang Hajah Roslina bte Haji Mohd Salleh telah menghadiri bengkel 'UNESCAP Project on Disability Statistics: 2nd Workshop for Improving Disablity Statistics and Measurement' di Bangkok, Thailand on 27 hingga 29 September 2004.
22 September 2004

Yang Mulia Timbalan Menteri  beramah mesra dengan salah seorang penghuni KRRK

Para Pegawai dan Kakitangan serta Penghuni Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan Kg Pulaie (KRRK) telah menerima lawatan suai kenal Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Dato Paduka Haji Yakob bin Abu Bakar.

Satu taklimat ringkas mengenai KRRK telah disampaikan oleh Penguasa KRRK, Pg Hj Marali bin Pg Hj Bustamam.

Yang Mulia Timbalan Menteri juga mengadakan lawatan ke persekitaran KRRK dan beramah mesra dengan para penghuni.
18 September 2004

Yang Mulia Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bersalaman dengan ketua pasukan yang menyertai kejohanan tersebut

Perasmian Kejohanan Bolasepak Antara Jabatan-Jabatan Di Bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Haji Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Sebanyak enam buah pasukan telah menyertai kejohanan ini yang akan berakhir pada pertengahan bulan depan.

Perlawanan pembukaan kejohanan telah diakan selepas perasmian kejohanan ini diantara tuan rumah, JAPEM bertemu dengan pasukan KKBS yang mana berkesudahan dengan JAPEM tewas kepada KKBS (1 - 2).
15 September 2004

Peserta kursus membaca doa bergambar kenangan dengan Pengerusus 

Doa memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia, doa itu merupakan penghubung diantara hamba dengan Allah S.W.T sehubungan dengan itu JAPEM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid, Hal Ehwal Ugama telah menganjurkan kursus membaca doa bagi pegawai dan kakitangannya.

Seramai 19 orang pegawai dan kakitangan JAPEM perempuan telah mengikuti kursus ini selama sehari yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Attaqwa tingkat 3, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Berapa jenis doa telah diajarkan oleh Ustaz Awg Haji Suhaimi bin Haji Mat Noor disamping adab-adab berdoa, waktu-waktu doa dimustajabkan.

05 September 2004
Dayang Hazizah bte Saleh, Pegawai Pembangunan Masyarakat, telah menghadiri kursus "Poverty Alleviation: Localising The Anti-Poverty Agenda (The Malaysian Experince)" di Malaysia pada 5 hingga 25 September 2004.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn