| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini :

  Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
  Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2005

 

Pilih Bulan :

21 Disember 2005
Majlis mengalu-alukan ketibaan kontingen The 3rd  ASEAN Para Games
Majlis mengalu-alukan ketibaan kontingen Negara Brunei Darussalam daripada The 3rd  ASEAN Para Games, Manila Philippines pada 14 hingga 20 Disember 2005 telah berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas Brunei.

Hadir mengalu-alukan kontingen negara ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Awang Haji Sumaidi bin Sukaimi, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pegawai-Pegawai Kanan dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Kontingen Negara Brunei Darussalam telah berjaya memperolehi 17 pingat (7 emas, 6 perak dan 4 gangsa). Seorang peserta negara, Awang Rosli bin Haji Hastan telah berjaya memperbarui rekod Sukan Para Games Asean (New Asean Para Games Record).
19 Disember 2005
hadiri bengkel di thailand
Awang Haji Berudin bin Haji Singgil, Pemangku Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri bengkel "ASEAN Workshop On Rural Development and Poverty Eradication" di Bangkok, Thailand pada 19-22 Disember 2005.
12 Disember 2005
atlet paragames berlepas ke manila
Seramai 23 orang atlet yang menyertai Sukan Para Games ke-3 pagi ini berlepas ke Manila, Filipina.

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas untuk mengucapkan selamat jalan kepada kontingen tersebut ialah Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM.

Dalam kejohanan dwi tahunan ini Brunei menyertai 23 acara iaitu acara olahraga, renang dan catur. Seramai 16 orang pegawai termasuk Chef-de-mission, Haji Rosmadee bin Haji Mohd Daud menyertai kontingen negara kali ini.

Di Sukan Para Games ke-2 di Vietnam, Brunei telah memperolehi 4 Emas, 8 Perak dan 7 Gangsa.
9 Disember 2005
train-trainer in special olympic soccer
Awang Haji Wahid bin Ismail, Pengajar di Pusat Bahagia, JAPEM telah mengikuti program "Train-The Trainer In Special Olympic Soccer" di Sarawak, Malaysia pada 9-12 Disember 2005.
8 Disember 2005
sukan para games ke-3
Majlis Penyerahan Bendera Negara kepada Kontingen Negara Brunei Darussalam ke 3rd Asean Para Games, Manila Philippines telah diadakan di Dewan DiGadong Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Bendera Negara telah diserahkan kepada Chef De Mission, Awang Haji Rosmadee bin Haji Mohd Daud oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Seramai 39 kontingen Brunei Darussalam, 23 Atlet dan 16 pegawai pengiring akan bertolak ke Manila, Philippine.
7 Disember 2005
Pelancaran sms brunei prihatin untuk tabung kemanusiaan gempa bumi pakistan
Pelancaran SMS Brunei Prihatin Untuk Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Pakistan telah dilancarkan di Airport Restaurant, Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Pengguna telefon bimbit DST Com, Prima dan Easi berpeluang untuk membuat sumbangan dengan hanya menghantar pesanan teks ringkas SMS Pakistan dengan menaip PKT (tanpa jarak) dan jumlah yang dikehendaki iaitu 1,5,10,15 dan 20 sebagai contoh PKT5 (bagi derma berjumlah $5) dan hantar kepada 8885555. SMS ini akan berakhir sehingga 28 Februari 2006.

Majlis pada pagi itu juga diselajurkan dengan penyerahan cek berjumlah $183,517 yang dikutip melalui perkhidmatan pesanan ringkas (sms) daripada pengguna Prima dan Easi bagi SMS Brunei prihatin untuk anak-anak yatim kebangsaan kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan oleh Ketua Pegawai Operasi DST Group, Haji Marsad Haji Ismail.
6 Disember 2005
menghadiri program di phuket, thailand
Pengiran Mahdi bin Pg Haji Mohd Salleh, Pengawai Kaunselor telah mengikuti program "Training On Supporting The Psychososial Well-Being Of Childrens And Communities In Emergencies" di Phuket, Thailand pada 6-7 Disember 2005.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn