| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini :

  Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
  Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2005

 

Pilih Bulan :

31 Januari 2005

kunjungan daripada  wakil UNICEF


Yang Mulia Pengarah JAPEM menerima kunjungan daripada  Gaye Philips dan Kiran Rani Sharma wakil UNICEF yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia.

Hadir sama ialah beberapa orang pegawai kanan, JAPEM. 

Semasa perjumpaan itu, mereka membincangkan persediaan awal mengenai mesyuarat 'The Seventh East Asia and Pacific Ministerial Consultation on Children' yang akan diadakan pada 23-25 Mac 2005 di Siem Reap, Kemboja.
24 Januari 2005
Majlis Korban bagi Pusat Bahagia, Kg Pulaie
Majlis Korban bagi Pusat Bahagia, JAPEM telah dilangsungkan di Pusat Bahagia, Kg Pulaie.

Hadir dimajlis tersebut selaku Tetamu Kehormat ialah Pengarah JAPEM, Datin Hajah Adina bte Othman. Seekor lembu dan seekor kambing telah dikorban dimajlis tersebut.
03 Januari 2005
Pelancaran Tabung Bantuan Mangsa Bencana Tsunami


Majlis Pelancaran Tabung Bantuan Mangsa Bencana Tsunami dilangsungkan di Bilik Attaqwa, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hadir majlis tersebut Penasihat Bersama Jawatankuasa Tabung berkenaan, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan Menteri Hal Ehwal Ugama dan Pengerusi Bersama Tabung tersebut Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan Setiausaha Tetap Hal Ehwal Ugama serta Pengarah JAPEM selaku Setiausaha Tabung. 

Susulan daripada pelancaran berkenaan mesyuarat Jawatankuasa Tabung Bantuan Mangsa Bencana Tsunami diadakan bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan diungkayahkan bagi tujuan kutipan derma tabung tersebut.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn