| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini :

  Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
  Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2005

 

Pilih Bulan :

26 Julai 2005

Majlis Forum di Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, TutonG
Pembentangan kertas kerja "Peranan JAPEM Menangani Masalah Sosial Remaja" telah disampaikan oleh Irnawati Haji Mahir, Penolong Pengajar Kanan JAPEM di Majlis Forum, Pameran dan Demonstrasi Sebatan Program Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah 2005 telah diadakan di Dewan Kumpul Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Tutong.

Majlis tersebut adalah merupakan program jerayawara Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Menangani Isu-Isu Sosial ke sekolah-sekolah kerajaan dan bukan kerajaan di seluruh negara.
19 Julai 2005
lawatan kerja ke Banda Aceh
Datin Hjh Adina bte Othman, Pengarah JAPEM dan Awg Mohd Husaini bin Abdullah, Penolong Pengarah telah mengadakan lawatan kerja bersama rombongan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) ke Banda Aceh, Nanggroe Aceh Darussalam Republik Indonesia pada 19 hingga 25 Julai 2005.
14 Julai 2005
LAWATAN MENTERI KKBS KE DAERAH TUTONG
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengadakan lawatan ke JAPEM cawangan Tutong dan Kelas Bimbingan Kanak-Kanak Cacat (KBKKC) daerah Tutong.

Sepanjang lawatan tersebut Yang Berhormat telah diiringi oleh Awg Mohd Husaini bin Abdullah, Penolong Pengarah JAPEM.
13 Julai 2005
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengadakan lawatan ke JAPEM cawangan Belait, Pusat Bahagia Eric Goh Kuala Belait dan Barek Kerajaan Jalan Singa Menteri, Kuala Belait.

Sepanjang lawatan tersebut Yang Berhormat telah diiringi oleh Awg Mohd Husaini bin Abdullah, Penolong Pengarah JAPEM.
12 Julai 2005
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Pusat Pemulihan Belia Lelaki dan Perempuan Jabatan Pembangunan Masyarakat yang terletak di Kampong Belimbing Subok.

Taklimat mengenai dengan perkembangan projek ketika ini telah disampaikan oleh pegawai dari Arkitek Asasreka.

Terdahulu sebelum itu Yang Berhormat telah mengadakan lawatan ke Pusat Penempatan Sementara Belimbing Subok.
5 Julai 2005
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengadakan lawatan ke Pusat Bahagia JAPEM di Pulaie dan Komplek Rumah-Rumah Kebajikan Kg Pulaie.

Sepanjang lawatan Yang Berhormat telah diiringi oleh Yang Mulia Pengarah JAPEM Datin Hajah Adina bte Othman.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn