| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini :

  Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
  Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2005

 

Pilih Bulan :

30 Jun 2005

Menteri KKBS mengadakan lawatan ke JAPEM cawangan Temburong dan KBKKC cawangan Temburong
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengadakan lawatan ke JAPEM cawangan Temburong dan Kelas Bimbingan Kanak-Kanak Cacat cawangan Temburong.

Sepanjang lawatan Yang Berhormat telah diiringi oleh Yang Mulia Pengarah JAPEM.
23 Jun 2005
Anugerah Pekerja Cemerlang 
Seramai 3 orang pegawai dan kakitangan JAPEM adalah diantara penerima ‘Anugerah Pekerja Cemerlang’ bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan serta jabatan-jabatan dibawahnya.

Anugerah tersebut telah disampaikan kepada Dk Hjh Zainab bte Pg Hj Taha, Dayang Hjh Rosnah bte Duraman dan Dayang Siti Zaleha bte Awang Damit oleh Yang Mulia Dato Paduka Awg Hj Yakub bin Abu Bakar selaku Tetamu Kehormat majlis di Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi tahun 2005.

Majlis berlangsung di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
22 Jun 2005
Majlis Pelancaran Projek Keluarga Dalam Memeduli Warga Emas
Majlis Pelancaran Projek Keluarga Dalam Memeduli Warga Emas anjuran bersama Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan HelpAge of Korea telah diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Tetamu Kehormat juga dibawa melawat dan menyaksikan pameran kraftangan warga emas.
18 Jun 2005
Lawatan Jawatankuasa Biro Wanita Majlis Perundingan Kampong Menengah, temburong
Seramai 30 orang Ahli Jawatankuasa Biro Wanita Majlis Perundingan Kampong Menengah, Temburong telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM). 

Rombongan tersebut telah diketuai oleh Hjh Rogayah bte Hj Ahmad. Taklimat mengenai dengan tugas dan tanggungjawab Jabatan telah disampaikan oleh Hjh Siti Zarena bte Hj Ismail, Pegawai Pembangunan Masyarakat.

Rombongan juga dibawa melawat ke beberapa bahagian Jabatan ini.
14 Jun 2005
hadiri mesyuarat
Siti Hazizah bte Saleh, Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri mesyuarat 'The East Asia and Pacific Regional Consultation For The United Nations Study On Violence Against Children' di Bangkok, Thailand pada 14 hingga 16 Jun 2005.
11 Jun 2005
kursus 'IPC. APC Table Tenis'
Wan Ali bin Wan Ibrahim, Penolong Pengajar Kanan dan Mohd Zain bin Haji Mohamad, Pekerja Pembangunan Masyarakat Tkt 1 telah menghadiri kursus 'IPC. APC Table Tenis Technically and Classification Course' di Kuala Lumpur, Malaysia pada 16 hingga 22 Jun 2005.
4 Jun 2005
Penyampaian sijil KURSUS OBBD
Seramai 16 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah berjaya menamatkan Kursus Kesedaran Peribadi Outward Bound Brunei Darussalam.

Kursus tersebut telah diadakan selama 6 hari yang bermula pada 26-31 Mei 2005 bertempat di Outward Bound Brunei Darussalam, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan di Kampong Batang Duri Temburong yang diselaraskan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM.

Majlis Penyampaian sijil telah diadakan di Dewan Citra Budaya, Kementerian kebudayaan, Belia dan Sukan dan telah disempurnakan oleh Yang Mulia Haji Khalid bin Haji Ghazali, Pegawai Tugas-Tugas Khas 1.
1 Jun 2005
LAWATAN MENTERI KKBS KE IBU PEJABAT JAPEM
Satu Perjumpaan dan Ramah Mesra para Pegawai Kanan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan yang baru dilantik telah diadakan di Bilik Mesyuarat Attaqwa tingkat 3, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Taklimat mengenai fungsi dan tanggungjawab Jabatan telah disampaikan oleh Yang Mulia Pengarah JAPEM, Datin Hjh Adina bte Othman.

Yang Berhormat juga mengadakan lawatan ke bahagian-bahagian yang terdapat di sini. Sepanjang lawatan tersebut taklimat telah disampaikan oleh Yang Mulia Pengarah JAPEM.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn