| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini :

  Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
  Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2005

 

Pilih Bulan :

30 Mac 2005

seminar "Effective Seminar Public Affairs and Communications'
Dayang Hajah Zarena bte Haji Ismail, Pengawai Pembangunan Masyarakat, telah menghadiri seminar "Effective Seminar Public Affairs and Communications' di Raffles The Plaza, Singapore pada 30 hingga 31 Mac 2005.
24 Mac 2005
Lawatan Perundingan  Biro Belia dan Wanita  Kampong Setia 'A'
Seramai 26 orang Ahli-ahli Majlis Perundingan  dan Biro Belia dan Wanita  Kampong Setia 'A' telah membuat lawatan ke JAPEM.

Satu taklimat mengenai dengan Jabatan ini telah diberikan oleh Pmk. Timbalan Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Misnah bte Haji Bolhassan. 
23 Mac 2005
mesyuarat 'The 7th East Asia and Pacific Ministerial Consultation on Children'

Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM dan Dayang Siti Hazizah bte Saleh, Pegawai Pembangunan Masyarakat,  telah menghadiri mesyuarat 'The 7th East Asia and Pacific Ministerial Consultation on Children' di Siem Reap, Cambodia pada 23 hingga 25 Mac 2005.

5 Mac 2005
Majlis Ramah Mesra Bersama Penghuni-Penghuni PPSB, Subok
Majlis Ramah Mesra Bersama Penghuni-Penghuni Pusat Penempatan Sementara Belimbing, Subok telah diadakan di Pusat Penempatan Sementara Belimbing, Subok.

Hadir dimajlis tersebut selaku Tetamu Kehormat ialah Pengarah JAPEM, Datin Hajah Adina bte Othman.

Ramah Mesra tersebut juga dihadiri oleh wakil-wakil dari Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Belia dan Sukan.

Majlis pada malam tersebut juga diselajurkan dengan penyerahan peralatan sukan kepada wakil penghuni Pusat Penempatan Sementara Belimbing, Subok.
3 Mac 2005

Majlis Khatam Al-Quran bagi penghuni- penghuni KRRK


Majlis Khatam Al-Quran Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan telah dilangsungkan di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Seramai 21 orang Penghuni Komplek Rumah-Rumah Kebajikan telah di Khatam di majlis tersebut.

Hadir di majlis tersebut selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (DR) Hj Awang Hussain, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn