| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini :

  Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
  Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2005

 

Pilih Bulan :

28 November 2005
majlis riang ria aidilfitri kompleks rumah kebajikan
Majlis Riang Ria Aidilfitri Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan (KRRK) telah diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan, Kg Pulaie.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada petang tersebut Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM. Juga hadir pegawai-pegawai kanan JAPEM  dan ibubapa serta penjaga penghuni.

Beberapa persembahan daripada penghuni dan kakitangan KRRK menyerikan majlis pada petang itu.
28 November 2005
train-the trainer in early childhood development
Awang Wan Ali bin Wan Ibrahim, Penolong Pengajar Kanan telah mengikuti program "Train-The Trainer In Early Childhood Development" di Singapura pada 28 November hingga 9 Disember 2005.
22 November 2005
Hadiri mesyuarat 4th acw
Dayang Hajah Misnah bte Haji Bolhassan, Pemangku Timbalan Pengarah,  dan Dayang Rostinah bte PDP Haji Mohd Tahir, Pemangku Penolong Pengarah II telah menghadiri mesyuarat "The 4th  ASEAN Commitee on Women (ACW)" di Manila, Filipina pada 22 hingga 23 November 2005.
17 November 2005
Majlis ramah mesra
Seramai 300 insan istimewa dari Pusat Bahagia dan Pusat Latihan Pekerjaan Orang-Orang Kurang Upaya serta 50 penghuni Rumah Kebajikan menghadiri Majlis Ramah Mesra anjuran Jabatan Pembangunan Masyarakat yang telah diadakan di Songket Ballroom, The Rizquan International Hotel, The Mall Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat pada pagi tersebut ialah Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis diselajurkan dengan penyampaian sumbangan derma Hari Raya oleh tetamu kehormat kepada yang diraikan.
16 November 2005
hadiri persidangan di singapura
Awang Basir bin Haji Mohd Deli, Pemangku Penguasa Rumah Kebajikan dan Awang Simat bin Suhaili, Penolong Pengajar Kanan telah menghadiri persidangan "6th International Society For The Prevention Of Child Abuse and Neglect Asian Regional Conference" di Singapura pada 16  hingga 18 November 2005.
16 November 2005
lawatan sambil belajar
Seramai 25 orang penuntut dari Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu pejabat JAPEM.

Rombongan dialu-alukan dan diberi taklimat oleh Pegawai Kaunseling, Pg Mahdi bin Pg Haji Mohd Salleh sebelum dibawa melawat ke bahagian yang terdapat di JAPEM.

Terdahulu pada sebelas pagi, JAPEM telah menerima sekumpulan penuntut Sekolah Ugama (Arab) Menengah Perempuan Raja Isteri Pg Anak Damit.
15 November 2005
mseyuarat 3rd asean somswd
Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM dan Awang Mohd Husaini bin Abdullah, Penolong Pengarah I telah menghadiri  mesyuarat ke-3 Pegawai-Pegawai Kanan Asean bagi Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan (3rd ASEAN SOMSWD) dan mesyuarat ke-2 Pegawai-Pegawai Kanan Asean +3 (China, Jepun dan Repbulik Korea) bagi Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan (2nd ASEAN +3 SOMSWD) pada 15 hingga 17 November di Kuala Lumpur, Malaysia.
14 November 2005
persidangan help age di cambodia
Awang Jahali bin Suhaili, Pemangku Timbalan Pengawal Pencen-Pencen telah menghadiri persidangan "HelpAge International Regional Conference" di Siem Reap, Cambodia pada 14 hingga 18 November 2005.
12 November 2005
sambutan hari raya pusat bahagia eric goh
Pusat Bahagia Eric Goh, JAPEM telah mengadakan Sambutan Hari Raya bagi pelajar-pelajar di pusat berkenaan.

Tetamu Kehormat di majlis berkenaan ialah Awang Jake Goh, Pengarah Urusan Goh Hock Motors Sdn Bhd. Juga hadir ialah Pengarah JAPEM, Datin Hajah Adina bte Othman.

Majlis pada pagi itu diselajurkan dengan penyampaian sumbangan 'duit raya' kepada insan istimewa yang berdaftar dengan pusat berkenaan oleh tetamu kehormat.
7 November 2005
the 1st islamic ministerial conference on the child
Awang Mohd Husaini bin Abdullah, Penolong Pengarah I telah menghadiri  persidangan "The First Islamc Ministerial Conference On The Child" di Rabat, Kingdom of Morrocco pada 7 hingga 9 November 2005.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn