| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini :

  Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
  Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2005

 

Pilih Bulan :

29 Ogos 2005
lawatan kerja ke yayasan mendaki, singapura
Dayang Hajah Misnah bte Haji Bolhassan, Pemangku Timbalan Pengarah JAPEM dan Awang Roslan bin Haji Ali, Pekerja Pembangunan Masyarakat Tingkat 1 telah mengadakan lawatan ke Yayasan Mendaki Singapura pada 29 Ogos hingga 1 September 2005.
29 Ogos 2005
HADIRI MESYUARAT DI JEPUN
Awang Husaini bin Abdullah, Penolong Pengarah I dan Haji Rosmadee bin Haji Md Daud, Ketua Pegawai Belia dan Sukan telah menghadiri mesyuarat "The 3rd ASEAN & JAPAN High Level Official Meeting On Caring Societies Development of Human Resources and Partnerships In Social Welfare and Health" di Tokyo, Jepun pada 29 Ogos hingga 1 September 2005.
28 Ogos 2005
MENGHADIRI BENGKEL
Awang Sofian bin Haji Mohamad, Pegawai Pencen-Pencen Kanan telah menghadiri bengkel "6th ASEAN Gerontolog Course" di Furnama City Centre, Singapura pada 28 Ogos hingga 9 September 2005.

22 Ogos 2005

kursus penjagaan kanak-kanak
Seramai 31 Orang Pegawai dan Kakitangan dari JAPEM, dan Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan sedang mengikuti kursus penjagaan kanak-kanak -"Training Course In Monitoring Quality Child Care Services For Children From 0 to 3 Years".

Kursus selama 5 hari adalah kelolaan bersama Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan UNICEF and RTRC Asia, Singapura.

Kursus tersebut dibimbing oleh Lynn Heng Soo Lee dan Geraldine Zuzarte, dari Regional and Resource Centre in Early Childhood Care & Education For Asia (RTRC Asia)
12 Ogos 2005
SUKAN Bocce Olimpik Istimewa Asia Pasifik
Seramai 12 orang murid-murid dari Pusat Bahagia, JAPEM telah mewakili negara dalam Pertandingan Bocce Olimpik Istimewa Asia Pasifik yang bermula pada 11 hingga 15 Ogos 2005.

Sukan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah.

Pertandingan selama 3 hari itu disertai oleh 11 buah pasukan yang mewakili 5 buah negara Asia Pasifik, Bengladesh, Filifina, Thailand, Malaysia (menghantar 6 buah pasukan) dan Brunei Darussalam yang menghantar 2 buah pasukan.
8 Ogos 2005
Majlis Peletakan Batu Asas bagi Pusat Pemulihan Belia Lelaki dan Perempuan, japem
Majlis Peletakan Batu Asas bagi Pusat Pemulihan Belia Lelaki dan Perempuan, Jabatan Pembangunan Masyarakat telah didahului oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut menyempurnakan Peletakan Batu Asas ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Mulia Setiausaha Tetap (Profesional dan Teknikal) Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Pengarah JAPEM dan beberapa orang pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Kebudayaan dan Sukan serta Kementerian Pembangunan. 

Pusat yang menelan belanja sebanyak $16 juta lebih dijangka siap pada bulan Mac 2005.
1 Ogos 2005
bengkel “ASEAN Regional Workshop on Poverty Reduction and MDGs”
Dayang Hajah Siti Zarena bte Hj Ismail, Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Haji Berudin bin Haji Singgil, Penolong Pengawai Pembangunan Masyarakat, telah menghadiri bengkel “ASEAN Regional Workshop on Poverty Reduction and MDGs” di Jakarta, Indonesia pada 1 hingga 2 Ogos 2005.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn