| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini :

  Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
  Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2005

 

Pilih Bulan :

19 Oktober 2005
PENUBUHAN TABUNG KEMANUSIAAN GEMPA BUMI PAKISTAN
Satu tabung bantuan yang bernama Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Pakistan yang mana bertujuan untuk mengumpulkan derma atau sedekah seangkat-angkat hati atas rasa perikemanusiaan daripada semua rakyat dan penduduk di negara ini bagi membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa gempa bumi di Republik Islam Pakistan yang memerlukan.

Tabung berkenaan akan mengumpulkan derma bagi tempoh enam bulan iaitu mulai 19 Oktober 2005.
19 Oktober 2005
HADIRI SEMINAR DI HANOI, VIETNAM
Pg Mahdi bin Pg Hj Mohd Salleh, Pengawai Kaunseling dan Wan Ali bin Wan Ibrahim, Penolong Pengajar Kanan, telah menghadiri seminar '4th Regional Seminar On Early Childhood Care And Development Phase II' di Hanoi, Vietnam pada 19 hingga 21 Oktober 2005.
15 Oktober 2005
MAJLIS BERSUNGKAI DI KRRK
Majlis Bersungkai bersama dengan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan  dan para penghuni Komplek Rumah-Rumah Kebajikan  telah diadakan di Dewan Serbaguna, Komplek Rumah-Rumah Kebajikan Kampong Pulaie.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengarah JAPEM, pegawai-pegawai kanan dari KKBS dan JAPEM serta ibubapa dan penjaga penghuni Komplek Rumah-Rumah Kebajikan.
  13 Oktober 2005
Penyampaian derma kepada anak-anak yatim peringkat kebangsaan
Majlis Penyampaian Derma kepada Anak-Anak Yatim Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1426H/2005M anjuran JAPEM dengan kerjasama Dana Pg Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah, Jabatan Daerah Brunei Muara dan Bank Islam Brunei telah diadakan di Dewan Plenary Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

Acara kemuncak majlis ialah penyampaian derma kepada anak-anak yatim seluruh negara yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
8 Oktober 2005
PELANCARAN SMS BRUNEI PRIHATIN
Majlis Pelancaran SMS Brunei Prihatin Untuk Anak-Anak Yatim Kebangsaan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan di Dewan Citrabudaya, KKBS.

Projek tersebut memberi peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan derma melalui telefon bimbit dengan tidak payah lagi datang sendiri untuk menyerahkan derma tetapi hanya dengan melalui SMS.

Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn