| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini :

  Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
  Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2005

 

Pilih Bulan :

28 September 2005
mengikuti pertukaran lawatan
Awang Jahali bin Suhaili, Pmk. Timbalan Pengawal Pencen-Pencen dan Awang Sofian bin Haji Mohamad, Pegawai Pencen Kanan telah mengikuti pertukaran lawatan "ROK ASEAN Exchange Visit On Home Care For Older People" di Thailand pada 28 hingga 30 September 2005.
27 September 2005
MAJLIS PENYAMPAIAN, PENERIMAAN DERMA DAN SAMBUTAN HARI LAHIR
Majlis Penyampaian, Penerimaan Derma dan Sambutan Hari Lahir bagi Sept-Dec 2005 telah diadakah di Pusat Bahagia.

Pusat Bahagia, Kg Pulaie hari ini menerima sumbangan berupa:-
3 buah kerusi roda sumbangan dari Mr. Lim Ken Soon, 2 set alat permaianan 'Chess' dari Brunei Chess Federation, Set 'Glass Deco' dari Kaptan Eddy Hong, Sumbangan pinjaman 2 buah kem dari Riza Fudhlana Enterprise & Trading Co., Hua Ho Department Store.

Menerima kesemua sumbangan tersebut ialah Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM selaku tetamu kehormat majlis.
24 September 2005
 MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ KRRK
Majlis Sambutan Israk Mikraj bagi Komplek Rumah-Rumah Kebajikan telah dilangsungkan di Dewan Serbaguna, Komplek Rumah-Rumah Kebajikan Kg Pulaie.

Hadir selaku tetamu kehormat pada pagi itu, Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM.
22 September 2005
Hadiri seminar
Awang Haji Berudin bin Haji Singgil, Penolong Pengawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri seminar "Seminar On Maximising The Potential Of Older Workforce" di Kuala Lumpur, Malaysia pada 22 hingga 23 September 2005.
13 September 2005
TABUNG BANTUAN MANGSA TAUFAN KATRINA DITUBUHKAN
Satu Jawatankuasa khas yang dikenali sebagai Jawatankuasa Tabung Bantuan Mangsa Taufan Katrina telah dibentuk bagi mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan usaha mengumpulkan derma dari rakyat dan penduduk di Negara ini.

Para penderma boleh menghulurkan bantuan mereka berupa wang ke pihak Urusetia Tabung Bantuan Mangsa Taufan Katrina di Bahagian Kewangan, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan pada waktu pejabat bagi tempoh 6 bulan yang bermula pada hari ini.
7 September 2005
HADIRI Symposium
Awang Jahali bin Suhaili, Pemangku Timbalan Pengawal Pencen-Pencen telah menghadiri symposium "ASEAN + 3 Symposium on Older Persons" di Bangkok, Thailand pada 7 hingga 9 September 2005.
1 September 2005
HADIRI Seminar
Dayang Rogayah bte Abdullah, Penolong Pengawai Pembangunan Masyarakat menghadiri seminar "ASEAN Protect Children In Tourism - A Public Education Partnership" di Vientiane, Lao PDR pada 1 hingga 2 September 2005.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn