| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini << Klik di sini >>

Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2006

 

Pilih Bulan :

29 April 2006
SESI SENAMROBIK dan berjalan cepat

Sebahagian daripada warga kerja Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang menyertai Sesi Senamrobik

Jabatan Pembangunan Masyarakat menjdai penyelaras Sesi Senamrobik dan Berjalan Cepat  Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya yang diadakan pada hari ini di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Sebelum acara Berjalan Cepat dimulakan, Sesi Senamrobik selama 30 minit telah diadakan yang diketuai oleh Dayang Hajah Salmiah bte Mohammad.
25 April 2006
KURSUS ASAS BAHASA ISYARAT

Sebahagian peserta Kursus Bahasa Isyarat

Kursus Asas Bahasa Isyarat yang dianjurkan oleh JAPEM adalah bertujuan untuk memberi peningkatan dan kesedaran kepada orang ramai bagi sama-sama membantu Orang Kurang Upaya Pendengaran (Deaf).

Kursus yang diadakan di Pusat Belia Daerah Temburong telah dirasmikan oleh Pg Haris bin Pg Shahbudin, Pegawai Daerah Temburong. Juga Hadir ialah Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM, Para Penghulu dan Ketua Kampong di Daerah Temburong.

Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta dan Persatuan-persatuan di Daerah Temburong telah menyertai kursus tersebut yang akan berakhir esuk.
24 April 2006
AN INTERNATIONAL CONFERENCE ON SUSTAINABLE COMMUNITY DEVELOPMENT
Awang Haji Ahad bin Haji Hassan, Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri persidangan "An International Conference On Sustainable Community Development" di Kuching, Sarawak,  Malaysia pada 24 - 27 April 2006.
22 April 2006
KONVENSYEN KKC JAPEM

 Kumpulan PROCESSING menjuarai Konvensyen KKC JAPEM 2006

Sebanyak empat kumpulan telah menyertai Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang JAPEM bagi tahun 2006 yang telah dilangsungkan di Dewan Citrabudaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Kumpulan Processing dari Bahagian Pentadbiran dan Kewangan telah menjuarai Konvensyen pada kali ini setelah berjaya menyelesaikan masalah 'Kelewatan Memproses Permohonan Cuti Pegawai dan Kakitangan 2006'. 

Pasukan ini juga akan mewakili JAPEM ke konvensyen KKC peringkat kementerian yang akan diadakan kemudian.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada pagi tersebut ialah Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM, yang kemudian menyampaikan hadiah-hadiah kepada para peserta.

Juara menerima wang tunai $500.00, sementara 3 kumpulan yang lain iaitu Bakti, Akrab dan Prihatin menerima $150.00.
8 April 2006
forum PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN PENYALAHGUNAAN DADAH

Sebahagian dari pelajar Tingkatan 3, Sekolah Menengah Chung Hwa, Kuala Belait yang menghadiri Forum tersebut

Pembentangan kertas kerja "Isu Sumbang Mahram" telah disampaikan oleh Dayang Hajah Siti Zarena bte Haji Ismail, Pengawai Pembangunan Masyarakat JAPEM di Majlis Forum Program Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah 2006 telah diadakan di Perpustakaan Sekolah Menengah Chung Hwa, Kuala Belait.

Majlis tersebut adalah merupakan program jerayawara Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Menangani Isu-Isu Sosial ke Sekolah-Sekolah Kerajaan dan bukan Kerajaan  Menengah / Vokasional / Teknikal / Kejuruteraan Tahun 2006 di seluruh negara.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn