| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini << Klik di sini >>

Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
Tip dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2006

 

Pilih Bulan :

19 Disember 2006
SAMBUTAN HARI WARGA EMAS

Persembahan Tai Chi dari Persatuan Tai Chi Brunei Muara menyerikan majlis

Lebih 600 Warga Emas seluruh negara telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Warga Emas yang telah diadakan di Manggis Ballroom, Hua Ho Mall, Manggis Center.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada pagi itu YYang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Persembahan Tai Chi dari Persatuan Tai Chi Brunei Muara adalah persembahan yang menarik minat para jemputan. Majlis juga diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Group "WE-DEC19" dan persembahan Mukun dari Sepasang Merpati Kampong Sungai Besar.

 
 
12 Disember 2006
HADIRI MESYUARAT

Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM dan Dayang Hajah Noridah bte Abdul Hamid, Penolong Pengarah JAPEM telah menghadiri mesyuarat '4th Senior Official Meeting On Social Welfare and Development and 3rd ASEAN + 3 Senior Officials Meeting On Social Welfare and Development' di Mandalay, Myanmar pada 12 - 15 Disember 2006.

 
 
6 Disember 2006
THE ASEAN + 3 FORUM ON AGEING, BEIJING

Awang Jahali bin Suhaili, Timbalan Pengawal Pencen-Pencen telah menghadiri forum 'The ASEAN + 3 Forum on Ageing, Beijing' di Beijing, China pada 6-7 Disember 2006.

 
 
2 Disember 2006
atlet 9th FESPIC negara kembali

Majlis mengalu-alukan ketibaan kontingen Negara Brunei Darussalam daripada 9th FESPIC Games, Kuala Lumpur pada 25 November hingga 1 Disember 2006 telah berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas Brunei.

Hadir mengalu-alukan kontingen negara ialah Yang Mulia Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM beserta dengan Pegawai-Pegawai Kanan dari JAPEM

Kontingen Negara Brunei Darussalam telah berjaya memperolehi 1 pingat Gangsa  yang diperolehi melalui Sibuang bin Haji Kalong dalam acara merejam lembing dengan catatan 30.57 meter.

Pencapaian terbaik Negara dikejohanan tersebut ialah di 8th FESPIC Games, Busan Korea 2002 dengan memperolehi 2 Emas, 3 Perak dan 2 Gangsa.

Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn