| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini << Klik di sini >>

Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2006

 

Pilih Bulan :

28 Februari 2006
MENGHADIRI BENGKEL
Dayang Hajah Misnah bte Haji Bolhassan, Timbalan Pengarah telah menghadiri bengkel "Regional Workshop On Strengthening Social Protection Systems In ASEAN" di Jakarta, Indonesia pada 28 Februari - 1 Mac 2006.
28 Februari 2006
LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Sebahagian daripada penuntut Sekolah Menengah Sultan Hassan, Temburong yang menyertai lawatan sambil belajar ke JAPEM

Seramai 35 orang penuntut yang belajar di Menengah 3, 4 dan 5 dari Sekolah Menengah Sultan Hassan, Bangar Temburong telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat JAPEM.

Lawatan bertujuan untuk mengetahui dengan lebih dekat mengenai dengan fungsi dan tanggongjawab Jabatan ini. Rombongan ini diketuai oleh Cikgu Huzailan bin Haji Nudin. Sementara itu taklimat mengenai dengan fungsi dan tanggongjawab JAPEM telah disampaikan oleh Pg Mahdi bin Pg Hj Mohd Salleh, Pegawai Kaunseling.

Rombongan juga dibawa melawat ke Pusat Bahagia, Kampong Pulaie, JAPEM dan Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan kampong Pulaie JAPEM.
27 Februari 2006
MENGHADIRI PERSIDANGAN
Dayang Hajah Johana bte Haji Md Jaya, Kerani Sulit telah menghadiri persidangan "The 2006 Executive Secretaries And Personal Assistants Conference" di Singapura, pada 27 hingga 28 Februari 2006.
25 Februari 2006
MAJLIS MENERIMA SUMBANGAN DAN PENYERAHAN PERALATAN OKU

Penerimaan sumbangan Kerusi Roda dari Ms Joanne Tan

Majlis Menerima Sumbangan 4 buah kerusi roda dari JJT888 kepada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Syarikat berkenaan, Ms Joanne Tan kepada Pengarah JAPEM, Datin Hajah Adina bte Othman.
 
Sementara itu Pengarah JAPEM, Datin Hajah Adina bte Othman juga menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada penerima Awg Bahar bin Hassan. 

Seramai 2 orang kurang upaya menerima tongkat putih, mereka ialah Awang Jamari bin Abdullah Dangat dan Awang Sibuang bin Haji Kalong
22 Februari 2006
17 orang WARGA JAPEM dikurniakan Pingat-Pingat KehormataN

 Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah mengurniakan Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) kepada Dayang Faridah bte Haji Mahmud pada majlis Pengurniaan Pingat Kehormat Negara Brunei Darussalam. - Infofoto

Seramai 17 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah dikurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam ke 59 tahun.

Seorang menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), iaitu Dayangku Hajah Zainab bte Pengiran Haji Mohd Taha.

Sembilan orang pegawai dan kakitangan JAPEM menerima Pingat Indah Kerja Baik (PIKB). Mereka ialah Basir bin Haji Mohd Deli, Wan Ali bin Wan Ibrahim, Awang Simat bin Suhaili, Haji Saidin bin Haji Abas, Dayang Timong bte Musing, Hajah Siti Hawa bte Haji Sahat, Roslan bin Haji Ali, Bahron bin Haji Majid dan Dayang Faridah bte Haji Mahmud.

Seramai 7 orang pegawai dan kakitangan JAPEM menerima Pingat Kerja Lama (PKL). Mereka terdiri daripada Suhaili bin Jais, Hajah Mariana bte Haji Samad, Hajah Rosni bte Haji Maidin, Hajah Salmiah bte Haji Othman, Dayang Nisbah bte Haji Abd Latif, Siti Zaliha bte Haji Awang Damit dan Hajah Hajijah bte Haji Jamal.

Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan tersebut berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman.
18 Februari 2006
TAKLIMAT ANTI RASUAH

Taklimat Anti Rasuah yang diadakan di Dewan Citrabudaya, KKBS

Seramai lebih 50 orang Pegawai dan Kakitangan JAPEM telah menghadiri taklimat Anti Rasuah yang telah diadakan di Dewan Citrabudaya, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Awang Salamat bin Liman, Penyiasat Khas Kanan dari Biro Mencegah Rasuah.

Juga hadir ditaklimat pada pagi tadi ialah Pengarah JAPEM dan beberapa orang pegawai kanan.
16 Februari 2006
LAWATAN KE PUSAT KAUNSELING ABDB

Meninjau ke bahagian yang terdapat di Pusat Kaunseling, ABDB

Satu lawatan muhibbah ke Pusat Kaunseling ABDB, Kementerian Pertahanan di Bolkiah Garison telah diadakan pada pagi ini. Rombongan tersebut telah diketuai oleh Yang Mulia Datin Hajah Adina bte Othman Pegarah JAPEM.

Adapun di antara tujuan lawatan tersebut ialah untuk meninjau dalam sama-sama mempelajari serta berkongsi apa jua pengalaman bersama dalam bidang perkhidmatan kaunseling.
15 Februari 2006
LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Sebahagian dari pelajar tahun 3 Faculty of Business, Economics and Policy Studies, Universiti Brunei Darussalam yang mengadakan lawatan sambil belajar

Seramai 20 orang tahun 3 dari Faculty of Business, Economics and Policy Studies, Universiti Brunei Darussalam telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat JAPEM.

Lawatan bertujuan untuk mengetahui dengan lebih dekat mengenai dengan fungsi dan tanggongjawab Jabatan ini khususnya mengenai dengan perkhidmatan Bantuan Kebajikan Am dan Pencen-Pencen.

Rombongan yang diketuai oleh Susi Ibrahim telah dialu-alukan dan diberi taklimat oleh Pmk. Timbalan Pegawal Pencen-Pencen, Jahali bin Suhaili.
5 Februari 2006
MENGHADIRI SEMINAR DI MANILA, FILIPINA
Dayang Hajah Siti Zarena bte Haji Ismail, Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri seminar "South East Asian Regional Workshop On NGO Regulation" di Manila, Filipina pada 5 hingga 8 Februari 2006.
4 Februari 2006
lAWATAN kerja pegawai dan kakitangan jabatan peguam negara ke krrk

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah ketika membuat lawatan ke Darussakinah

Sekumpulan Pegawai dan Kakitangan Jabatan Peguam Negara telah mengadakan lawatan ke Kompleks  Rumah-Rumah Kebajikan Kampong Pulaie, JAPEM pada pagi tagi.

Berkenan berangkat menyertai rombongan tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, yang pada masa itu menjalani penempatan di Jabatan Peguam Negara .

Rombongan telah diberi taklimat mengenai dengan fungsi  dan peranan Kompleks  Rumah-Rumah Kebajikan yang telah disampaikan oleh Dayang Rostinah bte PDP Hj Mohd Tahir, Pegawai Pembangunan Masyarakat yang bertanggungjawab ke atas Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan, sebelum dibawa melawat ke Rumah-Rumah Kebajikan yang terdapat di kompleks tersebut.
2 Februari 2006
lima orang kurang upaya terima kerusi roda

Timbalan Pengarah JAPEM menyerahkan Kerusi Roda kepada salah seorang penerima

Seramai 5 Orang Kurang Upaya telah menerima sumbangan Kerusi Roda yang telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Misnah bte Bolhassan.

Lima penerima tersebut ialah Awang Abdul Kadir Antin, Dayang Salamah Sahaban, Awang Haji Ishanuddin Haji Noor Kaseh, Dayang Piah Akop dan Dayang Kayah Jaafar.

Majlis penyampaian sumbangan pada pagi tadi telah diadakan di Pusat Bahagia Pulaie.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn