| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini << Klik di sini >>

Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2006

 

Pilih Bulan :

26 Januari 2006
MAJLIS PENUTUP KURSUS KESEDARAN PERIBADI
Seramai 11 orang Penghuni Komplek Rumah-Rumah Kebajikan beserta 4 orang Pegawai dan Kakitangan komplek berkenaan telah berjaya menamatkan Kursus Kesedaran Peribadi di Outward Bound Brunei Darussalam selama 6 hari.

Kursus tersebut telah diakhiri dengan Majlis Penyampaian Sijil yang telah diadakan di Logistik Outward Bound Brunei Darussalam, Kampong Batang Duri.

Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM dan seterusnya menyampaikan sijil-sijil kepada peserta kursus.
12 Januari 2006
SEMINAR PROJEK KELUARGA DALAM MEMEDULI WARGA EMAS

Pembentangan Kerja Kertas yang bertajuk Keluarga Dalam Memduli Warga Emas yang telah disampaikan oleh Awang Jahali bin Suhaili

Seminar mengenai pemedulian orang-orang tua di Negara Brunei Darussalam telah berlangsung pada pagi ini bertempat di Dewan DiGadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sebagai salah satu aktiviti Projek Keluarga Memeduli Warga Emas  (Family Service For The Aged: CareGiver Approach) yang telah dilancarkan sebelum ini pada 22 Jun 2005 oleh JAPEM.

Tujuan seminar ini diadakan antara lain adalah bagi menarik perhatian pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menarik penyertaan para sukarelawan ke dalam projek memeduli warga emas ini.

Sebanyak 4 buah kertas kerja dibentangkan oleh beberapa orang pegawai kerajaan dari pelbagai agensi iaitu dari JAPEM, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan Pusat Dakwah Islamiah.
12 Januari 2006
Majlis Korban bagi Pusat Bahagia, JAPEM
Majlis Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha 1426 Hijrah bagi Pusat Bahagia, JAPEM telah dilangsungkan di Kelas Bimbingan Kanak-Kanak Cacat, Pusat Bahagia Tutong.

Sebanyak tiga ekor kerbau telah dikorban di majlis tersebut. Daging-daging korban telah diagih-agihkan oleh Pengarah JAPEM, Datin Hajah Adina bte Othman.

12 Januari 2006

Majlis Korban bagi kompleks rumah kebajikan, JAPEM

Para Penghuni dan Kakitangan Komplek Rumah Kebajikan Kampong Pulaie telah mengadakan Majlis Ibadah Korban.

Hadir dimajlis tersebut selaku Tetamu Kehormat ialah Pengarah JAPEM, Datin Hajah Adina bte Othman.

9 Januari 2006
Majlis Penyerahan Rumah Hijau kepada Pusat Bahagia Eric Goh

Pengarah JAPEM dan Pengarah Urusan PTAS-ITS merasmikan Rumah Hijau

Majlis Penyerahan Rumah Hijau dan Peralatan Berkebun sumbangan PTAS-ITS Sdn Bhd kepada Pusat Bahagia Eric Goh, Kuala Belait telah diadakan di Pusat Bahagia Eric Goh, Jalan Pandan 5 Kuala Belait.

Sumbangan derma telah diserahkan oleh Awang Haji Amir bin Haji Osman, Pengarah Urusan PTAS-ITS kepada Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM.
5 Januari 2006
ROK ASEAN MEETING ON HOME CARE
Awang Jahali bin Suhaili, Pemangku Timbalan Pengawal Pencen-Pencen dan Awang Sofian bin Haji Mohamad, Pengawai Pencen-Pencen Kanan  telah mengikuti program 'ROK-ASEAN Meeting On Home Care' di Kuala Lumpur, Malaysia pada 5 hingga 7 Januari 2006.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn