| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini << Klik di sini >>

Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2006

 

Pilih Bulan :

30 Jun 2006
 EAST ASIA GENDER EQUALITY MINISTERIAL MEETING
Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Noridah bte Abdul Hamid, Penolong Pengarah JAPEM dan Awang Haji Berudin bin Haji Singgil, Penolong Pengawai Pembangunan Masyarakat,  telah menghadiri mesyuarat 'East Asia Gender Equality Ministerial Meeting' di Tokyo, Japan pada 30 Jun - 1 Julai 2006.
25 Jun 2006
KURSUS 'TNA' DAN LAWATAN KERJA KE MALAYSIA
Dayang Hajah Siti Zarena bte Haji Ismail, Pengawai Pembangunan Masyarakat,  telah mengikuti Kursus 'Training Need Analisis' dan lawatan Kerja ke INTAN dan Irshad Institut di Kuala Lumpur, Malaysia pada 25 Jun - 1 Julai 2006.
21 Jun 2006
PROCESSING LAKAR SEJARAH

Kumpulan Processing bergambar kenangan bersama dengan Pengarah 
dan Timbalan Pengarah JAPEM

Kumpulan Processing dari JAPEM melakar sejarah tersendiri apabila diumumkan menjadi juara Pertandingan Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi tahun 2006.

Kumpulan ini melaksanakan projek "Kelewatan Memproses Permohonan Cuti bagi Pegawai dan Kakitangan JAPEM". Sebanyak 6 pasukan telah menyertai konvensyen pada pagi ini yang telah dilangsungkan di Dewan Digadong, KKBS.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat, Awang Haji Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap, KKBS. Selaku juara kumpulan ini akan mewakili KKBS ke Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan kemudian. 
21 Jun 2006
Anugerah Pekerja Cemerlang

Dyg Anisah bte Haji Banjir menerima Anugerah Pekerja Cemerlang

Seramai 3 orang pegawai dan kakitangan JAPEM adalah diantara penerima ‘Anugerah Pekerja Cemerlang’ bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Anugerah tersebut telah disampaikan kepada Dayang Hajah Nor Hasma bte Haji Hashim, Awang Mohd Zain bin Haji Mohammad dan Anisah bte Haji Banjir oleh Yang Mulia Awang Haji Jemat bin Haji Ampal selaku Tetamu Kehormat majlis di Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi tahun 2005.

Majlis berlangsung di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
15 Jun 2006
SMS BRUNEI PRIHATIN

Yang Mulia Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika Upacara Penghantaran Derma melalui SMS

Majlis Pelancaran SMS Brunei Prihatin Untuk Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Yogyakarta dan Kawasan Sekitarnya telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan di Dewan Digadong, KKBS.

Pengguna telefon bimbit DST Com, Prima dan Easi berpeluang untuk membuat sumbangan dengan hanya menghantar pesanan teks ringkas dengan menaip YOGYA (tanpa jarak) dan jumlah yang dikehendaki iaitu 1,5,10,15 dan 20 sebagai contoh YOGYA (bagi derma berjumlah $5) dan hantar kepada 8885555. Sementara itu Pengguna telefon bimbit b.mobile juga berpeluang untuk membuat sumbangan yang sama dengan menghantar ke 10101. SMS ini akan berakhir sehingga 31 Julai 2006

Projek tersebut memberi peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan derma melalui telefon bimbit dengan tidak payah lagi datang sendiri untuk menyerahkan derma tetapi hanya dengan melalui SMS.
12 Jun 2006
orientasi dan mobiliti orang berkeperluan khas penglihatan dan anggota berkerusi roda
Bengkel Orientasi dan Mobiliti Orang Berkeperluan Khas Penglihatan dan Anggota Berkerusi Roda anjuran JAPEM adalah bertujuan untuk memberi peningkatan dan kesedaran kepada orang ramai dalam menangani masalah orang berkeperluan khas. Ia juga dapat memupuk semangat serta suasana persahabatan dan persaudaraan dan menanam sikap bantu membantu.

Bengkel yang diadakan di Dewan Seri Kenangan, Daerah Temburong telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Tutong, Awang Abdul Mutalib Haji Md Idris. Juga Hadir ialah Hajah Misnah bte Bolhassan, Timbalan Pengarah JAPEM, Para Penghulu dan Ketua Kampong di Daerah
Tutong.

Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta dan Persatuan-persatuan di Daerah Tutong telah menyertai bengkel tersebut yang akan berakhir esok.
10 Jun 2006
MAJLIS KESYUKURAN DAN RAMAH MESRA BERSAMA ATLET PARAGAMES

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Tetamu Kehormat 

Majlis Kesyukuran dan Ramah Mesra Bersama Atlit Para Games Yang Menerima Ganjaran Anugerah Skim Penggalak Kecemerlangan Sukan telah diadakan di Dewan Makan, Pusat Bahagia Pulaie.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Juga hadir Setiausaha Tetap, KKBS dan beberapa orang pegawai kanan dari KKBS dan JAPEM.

Majlis pada petang itu diserikan lagi dengan persembahan nyanyian daripada para atlit yang diraikan.
9 Jun 2006
MAJLIS MENDIRIKAN TIANG ASAS RUMAH PROJEK TITIAN AMAL

Yang Mulia Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM 
di Majlis Mendirikan Tiang Asas 

Majlis Mendirikan Tiang Asas bagi pembinaan Rumah Awang Samrin bin Haji Timbang telah diadakan di Kampong Sinarubai, Bengkurong.

Pembinaan rumah dan tenaga kerja adalah sumbangan ahli Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bersempena dengan Hari Ulang Tahun ABDB ke-45. Manakala JAPEM  menyumbangkan $12,000 bagi pembinaan rumah tersebut.
7 Jun 2006
BERANGKAT KE PROGRAM PEMBANGUNAN KELUARGA

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ketika berangkat ke Sesi Perbincangan Program Pembangunan Keluarga

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim telah berangkat ke Sesi Perbincangan Program Pembangunan Keluarga, di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas (ICC).

Sebanyak enam kertas kerja akan dibentangkan berkaitan dengan kemahiran keibubapaan dari sudut agama, pengurusan kewangan keluarga dan kemahiran berkomunikasi. Panduan yang berkaitan dengan kesihatan keluarga dan isu-isu yang dihadapi oleh keluarga dan kanak-kanak di negara ini juga diberikan berdasarkan pengalaman JAPEM. 
7 Jun 2006
PROGRAM PEMBANGUNAN KELUARGA

Sebahagian peserta Program Pembangunan Keluarga

Lebih 100 pasangan suami isteri yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kerajaan yang tempoh perkahwinan mereka di bawah 5 tahun telah menghadiri Program Pembangunan Keluarga.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Tema Program ini ialah "Keluarga Bahagia Penjana Kehidupan Harmoni". Majlis dilangsung di Dewan Persidangan 2, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
6 Jun 2006
BERKENAN BERANGKAT KE KRK

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ketika berangkat melawat ke Komplek Rumah Kebajikan

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim telah berangkat ke Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan, Kampong Pulaie.

YTM disembahkan taklimat mengenai dengan fungsi  dan peranan Kompleks  Rumah-Rumah Kebajikan yang telah disampaikan oleh Dayang Rostinah bte PDP Hj Mohd Tahir, Pegawai Pembangunan Masyarakat yang bertanggungjawab ke atas Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan.

YTM juga berkenan melawat ke Rumah-Rumah Kebajikan yang terdapat di kompleks tersebut.
5 Jun 2006
KEBERANGKATAN PENEMPATAN KERJA
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim memulakan keberangkatan penempatan kerja di Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dijunjung oleh Dato Paduka Haji Awang Yakub bin Abu Bakar, Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Mulia Awang Haji Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM beserta dengan beberapa orang pegawai kanan KKBS dan JAPEM.
1 Jun 2006
PENUBUHAN TABUNG KEMANUSIAAN GEMPA BUMI YOGYAKARTA DAN KAWASAN SEKITARNYA
Satu tabung bantuan yang bernama Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Yogyakarta dan Kawasan Sekitarnya yang mana bertujuan untuk mengumpulkan derma atau sedekah seangkat-angkat hati atas rasa perikemanusiaan daripada semua rakyat dan penduduk di negara ini bagi membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa gempa bumi di Yogyakarta dan Kawasan Sekitarnya di Republik Indonesia yang memerlukan.

Tabung berkenaan akan mengumpulkan derma bagi tempoh tiga bulan iaitu mulai hari ini..
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn