| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini << Klik di sini >>

Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2006

 

Pilih Bulan :

24 Mei 2006
LAWATAN KE PROJEK BERDIKARI

Lawatan Pengarah JAPEM ke kebun sayur kepunyaan Dayang Sahi

Satu lawatan kerja ke dua buah tempat Projek Berdikari di Daerah Tutong telah diadakan pada pagi ini. Rombongan tersebut telah diketuai oleh Yang Mulia Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM.

Adapun di antara tujuan lawatan tersebut ialah untuk meninjau
perkembangan projek berkenaan. Lawatan yang pertama ialah ke Ladang Buah-buahan dan Kebun Sayur, Dayang Sahi bte Haji Talip di Kg Menengah Tutong. Sementara itu lawatan ke kebun sayur, Dayang Azalina bte Abdullah yang terletak di Kg Kebia, Tutong merupakan destinasi terakhir rombongan. Mereka ini adalah peserta Skim Projek Berdikari JAPEM.
15 Mei 2006
LAWATAN ISTERI Datuk Bandar Kota London KE PUSAT BAHAGIA, PULAIE

Puan Tessa Brewer ketika membuat lawatan ke Bilik Tenunan Pusat Bahagia, Pulaie

Pusat Bahagia, Jabatan Pembangunan Masyarakat pagi ini menerima lawatan isteri Datuk Bandar Kota London, Puan Tessa Brewer.

Sepanjang lawatan ini Puan Tessa Brewer telah diiringi oleh Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM disamping mendengar taklimat fungi dan peranan Pusat Bahagia.

Hadir pada lawatan tersebut ialah beberapa orang pegawai kanan JAPEM. Juga hadir ialah Puan Fabiola Moreno de Alboran, isteri Pesuruhjaya Tinggi British ke negara ini.

Sebelum mengakhiri lawatan Puan Tessa Brewer menyampaikan sumbangan derma ke Tabung Orang-Orang Cacat sebanyak $4,000.00 yang diterima oleh Pengarah JAPEM.
13 Mei 2006
PERASMIAN KELAS BIMBINGAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM PPSBS

Tetamu Kehormat ketika membuat lawatan ke salah sebuah Kelas Bimbingan Pendidikan Islam PPSBS

Majlis Perasmian Kelas Bimbingan Pendidikan Agama Islam Pusat Penempatan Sementara Belimbing Subok (PPSBS) telah disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Haji Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Kelas ini dikendalikan sepenuhnya oleh Persatuan Iqra dan memberi peluang kepada para penghuni PPSBS untuk menghayati dan mendalami ajaran Agama Islam dengan mudah.

Majlis pada malam tadi juga diselajurkan dengan menerima penyerahan Piala Pusingan Sembilan Sepasukan Anjuran Majlis Perundingan Kampong Subok yang mana Pasukan Bola Sepak Belia PPSBS telah menjadi juara kepada JAPEM.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn